Page 2 - nota pendidikan islam tingkatan 4
P. 2

TILAWAH Rasul Penyampai Wahyu














                   Maksudnya: Katakanlah bahawa Aku tidak pernah menyatakan kepadamu
                bahawa perbendaharaan Allah SWT ada padaku dan tidak pula kau mengatakan
                      bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikut kecuali apa yang
                diwahyukan kepadaku.Katakanlah: Apakah sama orang yang buta dengan orang
                                yang melihat? Apakah kamu tidak memikirkannya?


                                                      Pengenalan
                   Nabi Muhammad merupakan manusia biasa yang dilantik oleh Allah SWT
                 untuk memimpin manusia ke arah kebaikan dan kebenaran. Baginda bukanlah
                 malaikat, jauh sekali bukanlah anak tuhan tetapi baginda hanya manusia biasa
                 yang dan tidak mempunyai kuasa terhadap khazanah Allah serta baginda juga

                                   tidak mengetahui akan perkara perkara ghaib.



                                                    Peranan Rasul
                  •Membetulkan akidah manusia ke arah kebenaran dan beriman kepada Allah
                 •Menjelaskan peraturan dan syariat bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia

                                                    dan di  akhirat
                                     •Mendidik manusia untuk berakhlak mulia
                                   •Mengajar manusia cara beribadat yang betul
                         •Menerangkan dan memberitahu tentang perkara perkara ghaib
                             •Mengajar manusia cara hidup masyarakat yang harmoni


                                              Perkara Perkara Ghaib
                   •Perkara ghaib ialah perkara yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja
                  seperti  penentuan rezeki seseorang, tarikh berlakunya kiamat dan ajal maut
                                                       seseorang.
   1   2   3   4   5   6   7