Page 3 - EDISI PRASEKOLAH
P. 3
ROSLINA BINTI MAT NOR CELIK SUKUKATA 6
SK SUNGAI KARANGAN
Prakata
Bersyukur ke hadrat Illahi atas kurniaNya saya dapat menyiapkan buku yang bertajuk
“Buku Aktiviti: Celik Sukukata 6”. Buku ini dihasilkan berdasarkan Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) dalam Tunjang Komunikasi iaitu Bahasa Malaysia. Ia memberi fokus
dalam kemahiran Membaca, iaitu mengeja dan membaca sukukata, perkataan dan
seterusnya ayat tunggal yang mudah. Ia juga menggunakan kaedah ansur maju di mana
murid-murid prasekolah belajar mengikut keupayaan mereka dalam menguasai sesuatu
sukukata bermula dengan sukukata kvvk, kvv+kv dan kv+kvv. Perkataan-perkataan di
dalam buku ini mengandungi dwi warna untuk memudahkan murid prasekolah membaca
mengikut sukukata dan gambar-gambar yang berwarna-warni dapat menarik perhatian
murid-murid prasekolah.
Di samping menyediakan buku ini, saya juga menghasilkan carta yang berkaitan dengan
sukukata yang dipelajari untuk memudahkan murid-murid prasekolah menyiapkan setiap
aktiviti yang diberi.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PPM saya iaitu Puan Ismaliza
Azra bt. Ahmad kerana berjaya menghasilkan carta yang sangat menarik dan mudah
difahami oleh murid-murid prasekolah. Saya telah menggunakan bahan-bahan yang telah
dihasilkan mulai tahun 2011 dan ianya sangat berkesan di mana mereka boleh menyiapkan
aktiviti tanpa bimbingan berterusan dari guru.
Semoga dengan kehadiran buku ini, ia dapat membantu murid-murid prasekolah dapat
menguasai kemahiran membaca dengan cepat.
2