Page 29 - TATABAHASA
P. 29
LATIHAN SPM 9
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1. Seekor rusa jantan telah ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan.
Ayah telah menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
2. Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh adik untuk diberi kepada pak cik
yang datang dari Singapura.
Adik memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada pak cik yang
datang dari Singapura.
3. Halaman rumah kami disapu oleh kakak setiap hari kerana banyak daun gugur pada
musim panas ini.
Kakak menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun gugur pada musim
panas ini.
4. Rumah banglo di tepi pantai itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.
Saya membeli rumah banglo di tepi pantai itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
5. Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Kalsom sempena hari lahir Kalsom.
Ibu Kalsom membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
6. Kerusi-kerusi itu disusun oleh mereka di padang sebelum acara sukan bermula.
Mereka menyusun kerusi-kerusi di padang sebelum acara sukan bermula.
LATIHAN SPM 10
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1. Bunga telur itu dibuat oleh Rosliza untuk majlis perkahwinannya.
Rosliza membuat bunga telur itu untuk majlis perkahwinannya.
2. Beg pakaian yang besar dibawa oleh Hazif untuk ke Kuala Lumpur.
Hazif membawa beg pakaian yang besar untuk ke Kuala Lumpur.
3. Buah-buahan ini mesti anda makan sehingga habis.
Anda mesti makan buah-buahan ini sehingga habis.
4. Kereta api itu saya naiki untuk menziarahi nenek di Singapura.
Saya menaiki kereta api itu untuk menziarahi nenek di Singapura.
5. Kebun pisang ayah saya dirosakkan oleh kerbau jantan yang liar itu.
Kerbau jantan yang liar itu merosakkan kebun pisang ayah saya.
6. Badan peserta gimnastik Rusia digulingkan di atas lantai semasa pertandingan itu.
Peserta gimnastik Rusia menggulingkan badan di atas lantai semasa pertandingan itu.
29