Page 5 - BUKU PENGURUSAN 2019 _PC VIEW
P. 5

Sekolah Kebangsaan Teluk Buloh, 36400 Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan
                    Kod Sekolah ABAB014          No. Telefon 05-6413749       E-mail: abab014@moe.edu.my

               “SK TELUK BULOH TERUS CEMERLANG”

               Assalamualaikum w.b. dan Salam Sejahtera

                       Alhamdulillah,  sekali  lagi  saya    panjatkan    rasa    syukur kepada  Allah  SWT kerana  dengan
               limpah rahmatnya masih lagi dipanjangkan usia serta diberi nikmat  sihat walafiat & kesempatan untuk
               meneruskan  kehidupan  &  amal  ibadah  serta  perkhidmatan.  Oleh  itu  atas  kesempatan  ruang  dan
               peluang yang diberikan ini marilah kita sama-sama bertekad dengan penuh azam dan semangat yang
               tinggi  untuk  melaksanakan  tugas  dan  tanggungjawab  yang  telah  diamanahkan  ini  agar  dapat
               menghasilkan mutu perkhidmatan yang lebih cemerlang dan gemilang pada tahun 2019.
                       Jesteru  itu  saya  berharap  warga  sekolah  ini  samada  guru  atau  staf  sokongan  dapat
               memainkan  peranan  dan  tanggungjawab  untuk  menyumbang  perkhidmatan  dengan  lebih  kreatif,
               ikhlas  dan  penuh  rasa  tanggungjawab  serta  berintegriti  yang  sentiasa  peka  dengan  perkembangan
               pendidikan  dan  isu  semasa.  Harapan  saya  Misi  dan  Visi  sekolah  ini  khususnya  serta  slogan
               “SK TELUK BULOH TERUS CEMERLANG” dapat dicapai dan direalisasikan.
                       Dengan  ini  saya  amat  menaruh  harapan  yang  tinggi  agar  warga  pendidik  sekolah  ini  akan
               sentiasa memberi keutamaan dan kepentingan  kepada  anak-anak didik sekolah ini untuk mencapai
               kecemerlangan    yang  berterusan.  Marilah  kita  sama-sama    memastikan  agar    program-program
               Kerajaan dan Kementerian  Pendidikan Malaysia seperti PPPM, KBSR, KSSR, NKRA, LINUS, PBS,
               i-Think, KBAT, MBMMBI, 1M1S, Sarana Ibubapa, Sarana Sekolah dan lain-lainnya dapat difahami
               dan dihayati serta dilaksanakan dengan sempurna dengan jayanya.

                       Sebagai  panduan  bersama,  saya  berharap    “Buku  Panduan  Penyelarasan  Tugas  dan
               Takwim”  ini  dapat  dimanfaatkan  untuk  rujukan  dan  penyelarasan  semasa  merancang  dan
               melaksanakan tugas. Dengan  ini diharapkan pengurusan organisasi dan  program sekolah ini dapat
               berjalan dengan  lebih  terancang, sempurna,  lancar dan cemerlang.  Semangat  kerjasama dan kerja
               berpasukan  sewajarnya  menjadi  asas  amalan  kita  supaya  dapat  mewujudkan  suasana  kerja  yang
               lebih menyeronokkan. Seberapa dapat yang boleh pastikanlah Penyelarasan Tugas dan Takwim ini
               dapat dipatuhi dan dilaksanakan sesempurna yang mungkin. Kita perlulah sentiasa menjaga imej dan
               maruah  perjawatan kita sebagai guru atau staf sokongan perkhidmatan  awam. Patuhi dan ikutilah
               segala  peraturan  yang  terkandung  dalam  perintah  Am  serta  pekeliling  semasa  sebagai  Kakitangan
               Awam.
                       Akhirnya  saya  berdoa  dan  berharap  semoga  kerjasama  di  kalangan  warga  sekolah  ini
               khususnya  guru-guru dan staf sokongan, murid-murid dan ibu bapa serta masyarakat  dan komuniti
               setempat akan sentiasa terjalin dengan erat dan sepakat  serta  terhindar dari  isu-isu  negatif  yang
               merugikan.
               Oleh itu saya amat-amat mengharapkan ibubapa dan penjaga serta komuniti setempat akan sentiasa
               memberi kerjasama terbaik dan peka dengan isu-isu pendidikan semasa demi untuk pembangunan
               pendidikan serta kecemerlangan anak didik sekolah ini.
                       Marilah  kita  sama-sama  memastikan  sekolah  ini  sentiasa  mengecapi  kejayaan  dan
               kecemerlangan yang berterusan dalam semua bidang dan Urusan.
               “Kerja Bersama Amalan Kita”

               Terima Kasih kepada semua dan Selamat Maju Jaya.
               Sekian Terima Kasih

               “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

               Saya yang menurut perintah,



               (ABDULLAH BIN HJ. MAT JOHARI)
               Guru Besar,
               Sekolah Kebangsaan Teluk Buloh.
               2018M / 1439H

               SK TELUK BULOH,2019                                                                       4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10