Page 12 - BUKU PENGURUSAN SKTB 2019
P. 12
13 Mei Sekolah dilawati oleh E.C. Hiks 15.1 of Southern Perak. Dalam catatan beliau, beliau 1951
menyatakan akan berunding dengan AIMS Teluk Intan mengenai tandas dan padang
bola untuk kemudahan warga sekolah.
1 April Sekolah baru didirikan di 4889 dan 4890 seluas 3 ekar. Bangunan ini berkeluasan 1954
120 x 20 kaki persegi. Bilangan murid sebanyak 180 orang dan tenaga pengajar
seramai 4 orang.
Julai Bangunan ini disambung sepanjang 60 kaki. keluasan bangunan ialah 180x20 kaki 1959
persegi. Pembinaan bangunan baru dua tingkat juga sedang giat dijalankan dan
merupakan Projek Pinjaman Bank Dunia.
Oktober Bangunan ini telah siap 50 %. Projek bangunan sekolah ini menelan belanja sebanyak
1979 $ 169,000.00. Encik Md. Ali bin Md. Din merupakan pangasas bangunan ini Bangunan
Ini mengandungi enam bilik darjah, dua bilik pelbagai guna, pejabat, stor, bilik guru
dan tandas. Api dan air juga dibekalkan. Sekolah ini juga dipagar dan mempunyai
sebuah kantin.
31 Disember Penyerahan anak kunci dan pengambilan alihan bangunan sekolah baru dilakukan di 1981
antara pihak JKR No. 1005 dan kantin JKR No. 1007 dengan Jabatan Pelajaran.
5 Januari Bangunan sekolah baru ini mula digunakan dan sesi persekolahan pagi sahaja. 1982
Seramai 265 orang pelajar belajar di sekolah ini.
6 Jun 1983 Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak iaitu Encik Ramli bin
Ngah Talib AMN. PCM. Bilangan murid meningkat kepada 354 orang.
1990 Sebuah bangunan rumah guru empat pintu dibina. Bangunan ini yang merupakan
Projek gotong royong daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Bangunan ini telah
menelan belanja sebanyak $ 50,000.00.
1996 Sebuah bangunan tambahan dibina. Bangunan ini yang mengandungi tiga buah bilik
darjah telah menelan belanja sebanyak 126 ribu ringgit. Bangunan ini merupakan
projek di bawah JKR.
2003 Sekolah Kebangsaan Teluk Buloh terpilih menerima sebuah bangunan Makmal
Komputer fasa kedua ini didirikan bersebelahan dengan rumah guru.
2006 Bangunan rumah guru di belakang sekolah dirobohkan dan diganti dengan Bangunan
PRA Sekolah untuk kemudahan murid-murid berumur 5 dan 6 tahun untuk mendapat
pendidikan awal di sini.
2007 Bangunan enam pintu yang menempatkan kedai buku, Bilik SPBT, Bilik Sains, Bilik
Kemahiran Hidup, Bilik Muzik dan stor Pendidikan Jasmani dibina sendiri oleh Encik
Ahmad Ai’ni yang merupakan kakitangan dan sekolah ini dan dibantu oleh kakitangan -
kakitangan swasta yang bekerja di sini.
SK TELUK BULOH, 2019 10