Page 5 - BUKU PENGURUSAN SKTB 2019
P. 5
Sekolah Kebangsaan Teluk Buloh, 36400 Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan
Kod Sekolah ABAB014 No. Telefon 05-6413749 E-mail: abab014@moe.edu.my
“SK TELUK BULOH TERUS CEMERLANG”
Assalamualaikum w.b. dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, sekali lagi saya panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan
limpah rahmatnya masih lagi dipanjangkan usia serta diberi nikmat sihat walafiat & kesempatan untuk
meneruskan kehidupan & amal ibadah serta perkhidmatan. Oleh itu atas kesempatan ruang dan
peluang yang diberikan ini marilah kita sama-sama bertekad dengan penuh azam dan semangat yang
tinggi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini agar dapat
menghasilkan mutu perkhidmatan yang lebih cemerlang dan gemilang pada tahun 2019.
Jesteru itu saya berharap warga sekolah ini samada guru atau staf sokongan dapat
memainkan peranan dan tanggungjawab untuk menyumbang perkhidmatan dengan lebih kreatif,
ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab serta berintegriti yang sentiasa peka dengan perkembangan
pendidikan dan isu semasa. Harapan saya Misi dan Visi sekolah ini khususnya serta slogan
“SK TELUK BULOH TERUS CEMERLANG” dapat dicapai dan direalisasikan.
Dengan ini saya amat menaruh harapan yang tinggi agar warga pendidik sekolah ini akan
sentiasa memberi keutamaan dan kepentingan kepada anak-anak didik sekolah ini untuk mencapai
kecemerlangan yang berterusan. Marilah kita sama-sama memastikan agar program-program
Kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia seperti PPPM, KBSR, KSSR, NKRA, LINUS, PBS,
i-Think, KBAT, MBMMBI, 1M1S, Sarana Ibubapa, Sarana Sekolah dan lain-lainnya dapat difahami
dan dihayati serta dilaksanakan dengan sempurna dengan jayanya.
Sebagai panduan bersama, saya berharap “Buku Panduan Penyelarasan Tugas dan
Takwim” ini dapat dimanfaatkan untuk rujukan dan penyelarasan semasa merancang dan
melaksanakan tugas. Dengan ini diharapkan pengurusan organisasi dan program sekolah ini dapat
berjalan dengan lebih terancang, sempurna, lancar dan cemerlang. Semangat kerjasama dan kerja
berpasukan sewajarnya menjadi asas amalan kita supaya dapat mewujudkan suasana kerja yang
lebih menyeronokkan. Seberapa dapat yang boleh pastikanlah Penyelarasan Tugas dan Takwim ini
dapat dipatuhi dan dilaksanakan sesempurna yang mungkin. Kita perlulah sentiasa menjaga imej dan
maruah perjawatan kita sebagai guru atau staf sokongan perkhidmatan awam. Patuhi dan ikutilah
segala peraturan yang terkandung dalam perintah Am serta pekeliling semasa sebagai Kakitangan
Awam.
Akhirnya saya berdoa dan berharap semoga kerjasama di kalangan warga sekolah ini
khususnya guru-guru dan staf sokongan, murid-murid dan ibu bapa serta masyarakat dan komuniti
setempat akan sentiasa terjalin dengan erat dan sepakat serta terhindar dari isu-isu negatif yang
merugikan.
Oleh itu saya amat-amat mengharapkan ibubapa dan penjaga serta komuniti setempat akan sentiasa
memberi kerjasama terbaik dan peka dengan isu-isu pendidikan semasa demi untuk pembangunan
pendidikan serta kecemerlangan anak didik sekolah ini.
Marilah kita sama-sama memastikan sekolah ini sentiasa mengecapi kejayaan dan
kecemerlangan yang berterusan dalam semua bidang dan Urusan.
“Kerja Bersama Amalan Kita”
Terima Kasih kepada semua dan Selamat Maju Jaya.
Sekian Terima Kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(ABDULLAH BIN HJ. MAT JOHARI)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Teluk Buloh.
2018M / 1439H
SK TELUK BULOH,2019 4