Page 18 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 18
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2019
Penempatan Penolong Kanan Kokurikulum (Puan Hjh. Hasnah bt. Daim) telah dibuat
pada Februari 2008.
Hanya 4 orang tenaga pengajar ditempatkan ketika itu untuk mengendalikan
bilangan murid seramai 71 orang iaitu Tahun 1 seramai 28 orang dan Tahun 2
seramai 43 orang. Ketika ini Pra Sekolah Seri Cempaka masih di bawah pengurusan
IPG Kampus Perlis dengan jumlah murid seramai 25 orang yang terdiri daripada anak
kakitangan IPG dan murid sekitar IPG Kampus Perlis.
Mulai tahun 2009 peluasan kelas telah di buka kepada Tahun 1 hingga Tahun 3
berjumlah 6 bilik darjah. Bilangan guru juga turut ditambah kepada 14 orang termasuk
pengurusan. Jumlah murid kian bertambah dari masa ke semasa apabila promosi
pendaftaran ke sekolah ini dibuka kepada pendudukan sekitar dengan mengambil kira
setiap kelas tidak melebihi 30 orang murid. Jadual sekolah yang kompetitif secara
pakej dengan melibatkan kelas KAFA di waktu petang juga memainkan peranan
penting membuatkan ramai kalangan ibu bapa yang bekerja berminat untuk
menghantar anak mereka ke sekolah ini oleh kerana kelas berakhir jam 4.00 petang.
Pada Tahun 2010 perluasan kelas Pra Sekolah telah dilakukan dengan
meletakkan pengurusannya di bawah pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri dan
dibuka kepada 2 bilik darjah dengan menumpang di bangunan Pra Sekolah Seri
Cempaka. Pendaftaran murid Tahun 5 juga telah dibuka .Kini dengan bilangan guru
seramai 25 orang dan staf sokongan seramai 5 orang sekolah ini telah berjaya
mengorak langkah sebagai sebuah sekolah rendah harapan yang bakal cemerlang
menjelang 2015 dengan anggaran murid dijangkakan seramai 350 orang.
Pihak pengurusan sekolah telah mendapat kebenaran berpindah ke bangunan
baru pada 8 November 2010. Kerja-kerja gotong royong telah dilakukan bersama staf
sekolah, murid dan waris pelajar untuk memindahkan peralatan dan perabot di
bangunan lama ke bangunan baru.
Bangunan baru yang serba lengkap berkonsepkan Model ”Teaching School”
telah mendapat Sijil Kelulusan dan Pernyataan Siap Kerja pada 22 Mei 2010 oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
18