Page 32 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 32

SK IPGM PERLIS                                  MANUAL PENGURUSAN              2019







                                                  PANDUAN AM

               1.1 DASAR ASAS PENGURUSAN SEKOLAH

               1.  Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati
                    Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan objektif Kementerian Pelajaran.
               2.  Bekerja  sebagai  satu  pasukan  untuk  mencapai  visi,  misi,  matlamat  dan
                    objektif bersama.
               3.  Memahami, berkongsi dan menghayati visi dan misi sekolah.
               4.  Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah.
               5.  Dalam  menjalankan  tugas,  meletakkan  kepentingan  pelajar  dan  sekolah
                    melebihi kepentingan peribadi.
               6.  Semua guru adalah guru disiplin.
               7.  Semua guru adalah guru kaunseling.

               1.2 DASAR KEHADIRAN

               1.  Semua  guru  wajib  berada  di  sekolah  20  minit  sebelum  sesi  persekolahan
                    bermula pada setiap hari persekolahan.
               2.  Semua  guru  hendaklah  merakam  kehadiran  masing-masing  dengan
                    menggunakan Mesin Perakam Waktu.
               3.  Guru / staf yang gagal mencatatkan / merakam waktu datang akan dianggap
                    sebagai  lewat  /  tidak  hadir  ke  sekolah.Guru  /  staf  yang  tidak  mencatat  /
                    merakam waktu pulang akan dianggap pulang awal. Tindakan tatatertib boleh
                    diambil terhadap guru yang  membantu mencatat kehadiran guru lain ataupun
                    meminta bantuan guru lain untuk memalsukan rekod kehadiran harian.
               4.  Surat amaran akan dikemukakan kepada guru yang mencatat kelewatan hadir
                    ke sekolah tanpa sebab yang munasabah sebanyak 3 kali dan lebih dalam
                    sebulan.  Guru  berkenaan  hendaklah  mengemukakan  surat  tunjuk  sebab
                    selepas  menerima  surat  amaran.  Tindakan  Tatatertib  boleh  dikenakan
                    selepas Surat Amaran Yang Ke-3
               5.  Guru  yang  tidak  hadir  atas  sebab-sebab  tertentu  (sakit/  kecemasan)
                    hendaklah  memaklumkan  kepada  Guru  Besar  atau  Penolong  Kanan
                    Pentadbiran sebelum jam 7.00 pagi untuk melicinkan urusan guru ganti kelas.
               6.  Guru  yang  tidak  hadir  ke  sekolah  atas  alasan  anak/  ahli  keluarga  sakit
                    hendaklah  memohon  cuti  rehat  khas.  Sijil  cuti  sakit  (MC)  hendaklah
                    dikemukakan kepada Guru Besar sebaik sahaja kembali bertugas selepas cuti
                    sakit.
               7.  Ketidakhadiran tanpa sebab dan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan
                    tatatertib  di  bawah  Peraturan-Peraturan  Awam  (  Kelakuan  dan  Tatatertib
                    1993).
               8.  Semua guru boleh meninggalkan kawasan sekolah sekurang-kurangnya 10
                    minit selepas sesi persekolahan tamat untuk memberi laluan kepada murid-
                    murid sebagai langkah keselamatan.
               9.  Semua guru/staf wajib hadir dengan menepati masa ke mesyuarat/ taklimat/
                    LDP/gerak kerja kokurikulum/ aktiviti rasmi seperti yang tertera dalam surat

                                                           32
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37