Page 17 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 17
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2019
SEJARAH SK IPGM PERLIS
Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (SKIPGM) ,Perlis telah
ditubuhkan pada tahun 2007. Kebenaran menubuhkan sekolah ini telah mendapat
restu kementerian selaras dengan keputusan Bahagian Pendidikan
Guru,Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan Sekolah Dalam Institut
pada tahun 2003. Idea menubuhkan sekolah ini pada peringkat awal dicetuskan oleh
Yang Berbahgia, Dr. Hamzah b. Ihsan, Timbalan Pengarah Institut Perguruan Perlis
dengan menggunakan konsep ”Teaching School” seterusnya telah mendapat
kelulusan pendaftaran penubuhan sekolah ini pada September 2006 dengan kod
RBA0091.
Dua buah bangunan Jabatan Teknikal telah dijadikan lokasi sementara untuk
bangunan sekolah. Pada Tahun 2007 dua buah bilik darjah telah diubahsuai untuk
dijadikan bilik darjah bagi menempatkan seramai 42 orang murid Tahun 1 iaitu 22
orang Tahun 1 Wawasan dan 20 orang 1 Bestari.
Pada tahun tersebut seramai 24 orang pensyarah dengan dibantu oleh 2 orang
PKS telah dikenalpasti sebagai tenaga pengajar sambilan dan pembantu pengurusan
murid. Pengurusan sekolah diketuai oleh Puan Sabarian bt. Morad selaku Penyelaras
dan juga merangkap pengurus sekolah sebelum diambil alih oleh Puan Rokiah bt.
Karim sehingga 3 Januari 2008.
Pada September 2007, mesyuarat penyelarasan antara Jabatan Pelajaran
Negeri Perlis yang diwakili oleh Tuan Hj. Mushaddik b. Hassan (Ketua Unit Sekolah
Rendah) , wakil BPG Kementerian Pelajaran, Timbalan Pengarah IPP serta beberapa
Ketua Jabatan Institut Perguruan Perlis telah diadakan di Pulau Pinang dan keputusan
untuk menempatkan seorang Guru Besar Gred Hakiki dan staf sekolah telah
mendapat kelulusan kementerian . Mulai 3 Januari 2008 pengurusan sekolah
sepenuhnya diambil alih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. Guru Besar yang
pertama telah dilantik secara hakiki iaitu Tuan Hj. Kamarudin b. Ismail pada 3 Januari
2008. Pada tarikh yang sama juga ditempatkan seorang Penolong Kanan Pentadbiran
(Puan Che Rahmah bt. Ismail) dan Penolong Kanan HEM (Encik Zamhari b. Johar).
17