Page 4 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 4
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2019
Assalamulaikum WBT.
Guru-guru yang dikasihi dan dirahmati Allah S.W.T.
Segala puji bagi Allah S.W.T. dan selawat serta salam buat junjungan besar
kita Nabi Muhammad S.A.W.
Bersyukur ke hadratNya kerana dipertemukan lagi untuk sesi persekolahan
tahun 2019. Terima kasih kerana untuk memilih untuk berada di Sekolah Kebangsaan
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), dan masih berhasrat untuk bersama
dengan saya. Bersama-sama menongkah arus perjuangan pendidikan yang suci dan
murni demi untuk kecemerlangan anak-anak didik SK IPGM.
Perubahan, cabaran dan revolusi kini menuntut semua pihak terutama
pemimpin sekolah merancang dan memikirkan strategi terbaik bagi menangani
perubahan-perubahan tersebut agar usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan
cemerlang, generasi berilmu berpengetahuan dan berketerampilan serta seimbang
seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan dan sejajar dengan harapan
menuju arah Sekolah Berprestasi Tinggi dapat direalisasikan.
Sokongan padu dari semua pihak amat diperlukan agar impak yang bakal
diperolehi dapat memberi manfaat dan peluang yang maksimum terutama di kalangan
anak-anak didik demi untuk kecemerlangan organisasi SK IPGM.
Kecemerlangan adalah terhasil daripada sikap ingin melakukan yang terbaik
dan terhebat dari hati yang tulus ikhlas.
Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamalkan dengan
dedikasi dan semangat berpasukan. Semoga VISI & MISI kita, SK IPGM berada di
antara 5 buah sekolah cemerlang di negeri Perlis, diteruskan pada tahun 2019 ini.
Pastikan setiap perlakuan kita mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. dan
sentiasa berada dalam rahmat-Nya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam penyediaan
Buku Manual Pengurusan sekolah tahun 2019 ini.
“TERIMA KASIH CIKGU”
..................................................
( NOR SHARMILA BT SHAARI )
Guru Besar,
SK. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),
Perlis
4