Page 12 - emajalah
P. 12
Hak-hak jiran :
1. Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya.
2. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya
3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
4. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan engkau akan mengucapkan tahniah kepadanya.
6. Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.
7. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.
8. Jangan sesekali engkau meniggikan rumahmu sehingga menyekat angin ke rumahnya kecuali
dengan izinnya.
9. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan
memberikan sedikit daripada makanan itu.
10. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya.
11. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukkan bua-buahan itu ke
dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya dan janganlah membiarkan anakmu
memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya sehingga menyebabkan anak jiran itu akan
menangis mahukan buah tersebut.