Page 3 - emajalah
P. 3

Pendahuluan




                                                                         Jiran adalah mereka yang tinggal bersama kita dalam
                                                                         satu penempatan dan juga merupakan lambang
                                                                         kepada kehidupan bermasyarakat  manusia yang saling
                                                                         melengkapi antara satu sama lain. Konsep kejiranan

                                                                         adalah salah satu daripada ajaran Islam yang amat
                                                                         penting bagi menjamin kesejahteraan hidup
                                                                         bermasyarakat. Pada zaman kemodenan sekarang,
                                                                         teknologi semakin berkembang dan terlalu banyak
                                                                         kemudahan yang dapat diperolehi. Dengan itu,
                                                                         sebahagian dari masyarakat sekarang hanya
                                                                         menghabiskan masa di dalam rumah. Sudah tidak lagi
                                                                         menghiraukan orang sekeliling di mana hal ini
                                                                         menyebabkan konsep kejiranan semakin dilupakan.

                                                                         Sepertimana yang dapat dilihat, manusia pada hari ini
                                                                         sibuk membina rumah besar dan memasang pagar

                                                                         tinggi-tinggi dengan dinding tembok yang tebal
                                                                         sehingga memisahkan dirinya dari jiran sebelah dan
                                                                         hidup sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Sikap
                                                                         atau tingkahlaku seperti itu sebenarnya jauh tersasar
                                                                         kerana Allah SWT sendiri memerintahkan umat Islam
                                                                         saling berbuat baik kepada jiran tetangga. Allah SWT
                                                                         telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud : Dan
                                                                         hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah
                                                                         kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan

                                                                         hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa,
                                                                         kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran
                                                                         tetangga yang dekat dan jauh, orang musafit dan
                                                                         hamba yang kamu miliki.(Surah al-Nisa’ 4;36)
   1   2   3   4   5   6   7   8