Page 105 - Panduan Pengurusan SKKS 2020
P. 105

BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN:

                       1.  Dikehendaki berada di sekolah 15 minit lebih awal sebelum waktu
                          persekolahan bermula.
                       2.  Mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah bagi menjayakan Program Guru
                          Penyayang.
                       3.  Mengendalikan perhimpunan bersama dengan guru dan pengawas sekolah.
                       4.  Semasa perhimpunan:
                          i.     Membuat pengumuman semasa perhimpunan mingguan.
                          ii.    Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan.
                          iii.   Memastikan bendera-bendera, alat siaran dan tempat duduk guru telah
                                 disediakan.
                          iv.    Memastikan guru telah beratur dengan kemas.

                          v.     Menyampaikan laporan guru bertugas mingguan di perhimpunan hari
                                 Isnin minggu lepas.

                          vi.    Menyampaikan ucapan mengikut tema mingguan pada waktu
                                 perhimpunan.
                          vii.   Memastikan tapak perhimpunan dalam keadaan bersih sebelum
                                 perhimpunan rasmi dijalankan.
                          viii.   Mengurus hal-hal kecemasan dan murid-murid yang sakit.
                          ix.    Bekerjasama dengan Guru Disiplin dan Badan Pengawas bagi menjamin
                                 murid-murid mematuhi peraturan sekolah.
                          x.     Memberi perhatian terhadap kebersihan kelas, kantin, tandas dan
                                 kawasan sekolah serta melaporkan kepada pihak yang berkenaan.
                          xi.    Menyediakan laporan guru bertugas mingguan dalam Buku Laporan
                                 Bertugas dan menghantarnya ke Bilik Penolong Kanan HEM tiap-tiap
                                 hari sebelum balik.
                          xii.   Merakam gambar majlis penyampaian hadiah / cenderamata semasa
                                 perhimpunan rasmi / harian.






                                  “Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal,

                            Tetapi datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah”
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110