Page 111 - Panduan Pengurusan SKKS 2020
P. 111
1.6 Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja,buku latihan dan hasil kerja pelajar
ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik oleh pihak
pentadbiran sekolah.
1.7 Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap pertengahan
dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh Guru Besar untuk
dimaklumkan dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya diperbincangkan dalam
mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .
1.8 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar / Penolong-penolong Kanan atau oleh Ketua -ketua
Panitia manakala semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.
1.9 Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerap untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai
untuk dicerap.