Page 3 - Panduan Pengurusan SKKS 2020
P. 3
PRAKATA GURU BESAR
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam Wilayahku Hebat.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T.
kerana taufik dan hidayah-Nya kita diberi
kekuatan untuk terus berdiri teguh dan
melangkah dengan gagah bagi merealisasikan
visi sekolah iaitu “SK (Felda) Keratong Satu
akan menjadi Sekolah Band 1”
Selaku Guru Besar sekolah ini, saya yakin dan
percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan
akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH
dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan
yang kuat dan padu bagi meningkatkan kecemerlangan
akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk
“BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN” dengan tagline
sekolah “COMMITTED TOWARDS EXCELLENCE”.
Kesempurnaan pendidikan adalah menjadi tekad kami
warga sekolah dengan semangat kerjasama dan
pengemblengan tenaga yang padu di samping kepakaran
yang sedia ada dalam melaksanakan program-program
kecemerlangan sekolah. Harapan agar SK Keratong Satu
berjaya melonjakkan keputusan yang cemerlang dalam
setiap bidang bagi merealisasikan kebolehan dan bakat
murid. Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2020
dengan harapan SK Keratong Satu akan terus menempa
kecemerlangan.