Page 41 - KILIM
P. 41
Air terjun Durian Perangin merupakan antara tempat yang menjadi tarikan pelancong di Kampung Kilim. Selain menjadi lokasi wajib dalam pakej ATV Discovery, pelancong turut memilih
kawasan ini sebagai tempat beriadah bersama keluarga dan rakan- rakan. Salah satu keistimewaan Durian Perangin ialah tiada pembayaran dikenakan kepada sesiapa sahaja termasuk
pelancong dari luar negara. Malah pelancong juga boleh mendaki bukit untuk melihat keindahan air terjun mengalir dari kedudukan yang tinggi. Selain itu, pelancong juga boleh melakukan
aktiviti lain seperti berkelah, mandi- manda dan BBQ. Kemudahan lain seperti tandas, kedai makan dan kedai cenderahati turut disediakan untuk keselesaan pengguna.