Page 4 - cadanganbuletin2019
P. 4
SEPINTAS LALU
Perpustakaan Hamdan Tahir , Universiti Sains Malaysia telah
ditubuhkan pada tahun 1979 seiring dengan penubuhan Pusat
Pengajian Sains Perubatan. Perpustakaan berfungsi secara
rasminya pada bulan Februari 1980 di Kampus Induk Pulau
Pinang. Sebahagian Koleksi dan staf Perpustakaan telah
berpindah dari Kampus Induk Pulau Pinang ke Kampus Kesihatan
Kubang Kerian pada tahun 1984 dan ditempatkan di Tingkat 8
Bangunan Hospital USM.
Pada November 1985 , koleksi dan staf yang berada di Tingkat 8
dipindahkan ke Bangunan Perpustakaan sekarang. Pada tahun
1990 keseluruhan koleksi dan staf Perpustakaan Perubatan dari
Kampus Induk dipibdahkan ke Kampus Kesihatan Kelantan.
Pada tahun 2001, nama Perpustakaan Perubatan USM telah
ditukar kepada Perpustakaan Kampus Kesihatan selaras dengan
penukaran nama Kampus Cawangan Kelantan kepada Kampus
Kesihatan.
Pada 02 Oktober 2005, Perpustakaan Kampus Kesihatan tekah
bertukar nama sekali lagi kepada Perpustakaan Hamdan Tahir
bagi memperingati dan mengenang jasa Tun Dato’ Seri Utama Dr.
Hamdan Bin Sheikh Tahir selaku Naib Canselor ke -2 Universiti
Sains Malaysia.