Page 9 - Laporan Kumbang Beras Hasif sn2(npdl)
P. 9
dan kumulan pembiakan itu juga dikenali sebagai Gamo deme,
iaitu semua ahli tergolong dalam spesies yang sama.
Rajah 1: Betuk fizikal kumbang beras (Sitophilus
oryzae).
Kumbang beras merupakan sejenis serangga perosak
yang biasanya terdapat dalam beras. Nama lain kumbang
beras dipanggil kutu beras manakala nama saintifik ialah
Sitophilus oryzae. Dalam bahasa Inggeris haiwan ini digelar
‘Rice Weevil’. Sitophilus oryzae merupakan serangga kecil
yang berukuran 2 hingga 3 mm panjang dan berwarna coklat
kehitaman atau hitam sahaja. Ia biasanya tinggal dalam beras
dan bijirin (Koehler, P.G., 2012). Muncung Sitophilus oryzae
adalah panjang dengan ukuran 1mm (iaitu berhampiran 1/3
daripada jumlah ukuran panjang kumbang beras). Haiwan
perosak ini menimbulkan banyak masalah seperti kerugian
pihak pembekal beras oleh sebab itu teknologi khusus untuk