Page 4 - PowerPoint Presentation
P. 4
PENGENALAN
E-book ini menceritakan mengenai makna sebenar emosi. Terdapat pelbagai jenis emosi yang
mampu mempengaruhi tingkah laku manusia. Dengan mengetahui jenis-jenis emosi, tindakan
yang sewajarnya dapat di ambil ketika manusia menghadapi rintangan dan masalah. Hal ini
kerana, emosi yang buruk mampu mendorong manusia untuk melakukan tindakan yang
negatif dan hal ini akan membahayakan keselamatan diri serta orang di sekeliling.
Oleh hal yang demikian, keperluan dalam mengenali jenis emosi sangat penting bagi setiap
individu. Buka itu sahaja, dalam e-book ini turut menceritakan mengenai cara menguruskan
emosi dengan baik. Hal ini sudah pasti mampu membantu setiap individu yang mengalami
masalah kecelaruan emosi.
E-book ini menyampaikan maklumat menggunakan kaedah yang lebih menarik seperti
penyampaian dalam bentuk video dan grafik. Hal ini akan membantu pembaca untuk lebih
faham mengenai sesuatu maklumat yang disampaikan.