Page 2 - KERTAS_KERJA_PROGRAM_KEMBARA_ILMU_GUNUNG_KERIANG__
P. 2
1.0 PENGENALAN
Perkembangan minda seseorang berkait rapat dengan percambahan pengetahuan samaada yang
diperolehi secara formal atau tidak formal. Jauh perjalanan menjadikan pengetahuan pelajar
luas dan berkembang.Lawatan akademik merupakan sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran murid-murid kelas Pemulihan Khas bagi memberikan pendedahan kepada
murid tentang dunia luar yang semakin pesat membangun.
Justeru, program Pemulihan Khas PKP Jejawi akan mengadakan lawatan sambil belajar dimana
ilmu yang diperolehi dalam kelas dapat dipraktikkan melalui situasi sebenar yang berlaku di
persekitaran dengan cabaran yang sedia ada.
2.0 OBJEKTIF
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai
perkembangan dunia luar yang memerlukan kemahiran penguasaan asas membaca dan mengira
dalam kehidupan seharian.
a) Mendedahkan kepada murid-murid tentang peri pentingnya mempunyai kemahiran asas
membaca, mengira dan mentafsir maklumat.
b) Meningkatkan motivasi pelajar ke arah pencapaian pembelajaran yang lebih baik.
c) Mempertingkatkan komitmen, kesedaran, kerjasama dan rasa tanggungjawab murid
terhadap kelas dan pembelajaran mereka.
d) Mewujudkan hubungan yang erat dan suasana muhibah dengan aktiviti yang
dicadangkan dan akan dilakukan.
3.0 SASARAN
18 orang murid-murid program Pemulihan Khas PKP Jejawi.
4.0 TARIKH PROGRAM
18 Jun 2019(Rabu)
5.0 TEMPAT