Page 12 - Prospektus Pengurusan SKKS 2021 V2
P. 12
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
1. MURID
Menyelesaikan masalah murid dengan cepat dan tepat.
Memberi maklumat-maklumat yang dipohon dengan cepat dan terkini.
Memastikan murid menerima pendidikan yang berkualiti dan
bersistematik.
Menyediakan kemudahan fizikal seperti peralatan dan bahan sokongan
pengajaran.
Menggilap keterampilan murid dalam aspek kurikulum, kokurikulum
dan sahsiah.
Meningkatkan kualiti disiplin, kebersihan dan keselamatan.
2. GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA
Mengamalkan konsep kerja sebagai ibadah.
Menggembleng tenaga secara kolektif bagi memastikan keberkesanan
pendidikan dan perkhidmatan.
Memastikan keselesaan dan kebajikan guru-guru dan staf sokongan
dalam menjalankan tugas seharian.
Memastikan agihan tugas diberikan secara adil dan seimbang.
3. IBU BAPA DAN PELAWAT
Memastikan ibu bapa dan pihak yang berurusan akan dilayan dengan
mesra , cepat dan memuaskan hati.
Meninggikan permuafakatan dalam kalangan guru, murid, ibu bapa
dan masyarakat dalam urusan pendidikan di sekolah sepanjang masa.
Memberi kerjasama kepada masyarakat dan agensi awam serta
swasta.
Bersedia menerima teguran membina bagi meningkatkan kualiti
perkhidmatan sekolah.
4. STAKEHOLDER
Memastikan laporan dihantar ke KPM, JPN dan PPD sebelum atau
mengikut masa yang ditetapkan.
Memastikan segala urusan surat-menyurat dengan PPD, JPN dan
KPM berbalas dalam tempoh 7 hari.
Melahirkan lepasan sekolah yang berilmu, beramal soleh dan
berakhlak mulia.
Memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta
Wawasan 2020 dicapai.