Page 4 - Prospektus Pengurusan SKKS 2021 V2
P. 4

PRAKATA GURU BESAR



               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

               Salam Sejahtera dan Salam Wilayahku Hebat.

               Alhamdulillah,  bersyukur  ke  hadrat  Allah  S.W.T  kerana  taufik  dan  hidayah-Nya  kita  diberi
               kekuatan  untuk  terus  berdiri  teguh  dan  melangkah  dengan  gagah  bagi  merealisasikan  visi

               sekolah iaitu “ SK(Felda) Keratong Satu akan menjadi Sekolah Band 1”.

               Selaku Guru Besar sekolah ini, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha
               dan  akan  terus  berusaha  menjalankan  tugas  dengan  AMANAH  dan  penuh  tanggungjawab
               bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan padu bagi meningkatkan kecemerlangan akademik,
               kokurikulum  dan  sahsiah  ke  arah    bersatu    untuk  “BERSAMA  MENUJU  KECEMERLANGAN”
               dengan tagline sekolah “COMMITTED TOWARDS EXCELLENCE”.


               Kesempurnaan  pendidikan  adalah  menjadi  tekad  kami  warga  sekolah  dengan  semangat
               kerjasama dan pengemblengan tenaga yang padu di samping kepakaran yang sedia ada dalam
               melaksanakan  program-program  kecemerlangan  sekolah.  Harapan  saya  agar  SK  (  Felda  )
               Keratong  Satu   berjaya  melonjakkan  keputusan  yang  cemerlang  dalam  setiap  bidang  bagi
               merealisasikan kebolehan dan bakat murid. Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2021
               dengan harapan SK ( Felda )  Keratong Satu akan terus menempa kecemerlangan.

               Harapan  saya,  SK  (  Felda  )  Keratong  Satu  akan  dapat  menghasilkan  sumber  manusia  yang

               berkualiti  dari  segi  keilmuan,  kemahiran  serta  tinggi  sahsiahnya  di  samping  kemudahan
               pendidikan  yang  berkualiti  dan  InsyaAllah  menjadi  tunggak  untuk  melahirkan  insan  yang
               berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.

               “Saya bukanlah orang yang hebat tetapi saya mahu belajar dari orang yang hebat.
               Saya ialah orang biasa tetapi saya ingin menjadi  orang yang luar biasa.
                Dan
               Saya bukan orang yang istimewa tetapi saya akan menjadi yang istimewa jika mahu berusaha”.


               SHAMSIAH BINTI ISHAK
               Guru Besar,
               SK ( Felda ) Keratong Satu.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9