Page 68 - Prospektus Pengurusan SKKS 2021 V2
P. 68

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS


                   1.   BUKU DAFTAR KEDATANGAN / APDM

                       i)      Melengkapkan buku Rekod Kedatangan  :
                              a)  No. Pendaftaran                 g)  Tempat lahir
                              b)  Nama penuh murid                h)  Agama
                              c)  Bangsa                           i)  Nama Ibu
                              d)  Tarikh masuk kelas               j)  Pekerjaan bapa / penjaga
                              e)  No.Sijil Beranak                 k)  Alamat penuh
                              f)  Tarikh lahir                     l)   No. telefon rumah / pejabat
                       ii)     Menanda kehadiran harian murid
                       iii)   Merumus keseluruhan kehadiran pada setiap hujung bulan
                              persekolahan.
                       iv)    Mencatat perpindahan atau kemasukan baru murid dari semasa ke
                              semasa.
                       v)     Menghubung ibu bapa / penjaga sekiranya murid ponteng berturut-
                              turut selama tiga hari.
                       vi)    Menghubungi ibu bapa / penjaga untuk pengesahan peribadi daripada
                              doktor bagi murid yang tidak dapat hadir.

                   2.  PERKARA-PERKARA  AKADEMIK

                       i)     Merekod setiap keputusan ujian di dalam Buku Rekod Persediaan
                              Mengajar / Menyimpan salinan keputusan ujian dalam Fail Mengajar.
                       ii)    Mengisi markah ujian semester dalam sistem SAPS.
                       iii)   Memastikan papan kenyataan di dalam kelas dimanfaatkan dengan
                              sepenuhnya seperti mempamerkan jadual waktu, peraturan-peraturan
                              sekolah, notis guru besar, jadual kegiatan kokurikulum, jadual tugas
                              murid dan sebagainya.
                       iv)    Mengawal kekemasan, kebersihan dan keselesaan di dalam kelas
                              untuk PdP.

                   3.   MENGENDALIKAN TUGAS-TUGAS LAIN.

                       i)     Mengendalikan pesanan buku teks atau buku kerja bagi pihak murid
                       ii)    Mengenal pasti murid-murid yang layak menerima bantuan.
                       iii)   Mengenal pasti dan melantik Ketua kelas & Penolong pada permulaan
                              penggal.
                       iv)    Mengenalnpasti murid-murid yang memerlukan khidmat bimbingan dan
                              kaunseling.
                       v)     Mengenal pasti murid yang ada masalah kesihatan, ekonomi, rumah
                              tangga,yatim piatu, emosi dan mental.
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73