Page 8 - E-Book
P. 8

83.  Dan  (ingatlah)  ketika  Kami  mengikat  perjanjian  setia
                                                                                             dengan  Bani  Isra´el  (dengan  berfirman):  “Janganlah  kamu
                                                                                             menyembah melainkan Allah,  berbuat baiklah  kepada kedua-
                                                                                             dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang miskin;
                                                                                             serta ucapkanlah kepada sesama manusia kata-kata yang baik;
                                                                                             dirikanlah  solat  serta  tunaikanlah  zakat.”  Kemudian  kamu
                                                                                             berpaling  membelakangi  (perjanjian  setia  kamu  itu)  kecuali
                                                                                             sebahagian kecil daripada kamu; dan kamu sememangnya orang
                                                                                             yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

                                                                                             83. And (remember) when We took a covenant from the children
                                                                                             of Israel, (saying): “You shall not worship but Allah; and be kind to
                                                                                             parents, and to the near of kin, and the orphans, and the needy;
                                                                                             and speak to men in a kindly way; and observe prayer; and pay
                                                                                             the stated alms”; then you turned back, except a few of you, and
                                                                                             you were heedless.







                                                                                             112.  Tidaklah  sedemikian,  bahkan  sesiapa  yang  menyerahkan  dirinya
                                                                                             kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedangkan dia berbuat kebaikan,
                                                                                             maka  dia  akan  beroleh  pahalanya  di  sisi  Tuhannya  dan  tidaklah  ada
                                                                                             kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap
                                                                                             mereka, dan  mereka pula tidak akan berdukacita.
                                                                                             112. No! He who submits himself completely to Allah, and he is a doer of
                                                                                             good, then he shall have his reward from his Lord; and no fear shall be on
                                                                                             such,  nor shall they grieve.

                                                                                             126. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata, “Wahai
                                                                                             Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini sebagai satu negeri yang aman
                                                                                             sentosa, dan berikanlah rezeki daripada pelbagai jenis buah-buahan
                                                                                             kepada penduduknya, iaitu orang yang beriman kepada Allah  dan
                                                                                             hari akhirat di kalangan mereka.” Allah berfirman:” (Permohonanmu
                                                                                             itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri
                                                                                             juga dia bersenang-lenang meni´mati  rezeki itu sedikit sahaja atau
                                                                                             sementara sahaja (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan
                                                                                             menyeretnya)  ke  azab  neraka,  dan  (itulah)  seburuk-buruk  tempat
                                                                                             kembali.”
                                                                                             126. And when Ibrāhīm said: “My Lord! make this city (Makkah) secure,
                                                                                             and provide its people with fruits, those of them who believe in Allah
                                                                                             and the Last Day.” He (Allah) said: “And as for him who disbelieves, I will
                                                                                             let him  enjoy for a while, then I will drive him to the torment of the Fire;
                                                                                             and an evil   refuge is that.”                                       7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13