Page 7 - SEMINAR IBAN 2019
P. 7

Tujuan Seminar


                 eminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran para
                 peserta tentang perubahan dan cabaran yang melanda masyarakat Iban,
                 khasnya dari segi kerelevanan sesetengah amalan tradisional masyarakat Iban
         S dalam era globalisasi. Seminar ini juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan
         strategik antara IPG, IPTA dan NGO dalam konteks perkongsian ilmu dan kepakaran;
         seterusnya dapat membantu penarafan IPG.
         Seiringan dengan usaha untuk memantapkan bahasa Iban sebagai bahasa
         pengantaraan ilmu dan sebagai wadah untuk memupuk kesedaran tentang kebahasaan
         dan kebudayaan Iban dalam kalangan generasi mudanya, maka seminar seumpama
         ini amatlah perlu dilaksanakan. Dengan adanya pembentangan kertas kerja, maka ia
         bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran para peserta tetapi
         dapat mengangkatkan perbincangan tentang kebahasaan dan kebudayaan Iban ke satu
         landasan yang lebih bermakna dalam konteks diskusi ilmiah; dan seterusnya dapat
         mencetuskan budaya intelektual. Bagi siswa pendidik PISMP, pengkongsian ilmu dalam
         seminar bahasa dan budaya ini adalah sebagai pengukuhan dan penambahan kepada
         ilmu yang dipelajari di bilik kuliah.                                                   SEMINAR BAHASA & BUDAYA IBAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
         Berasaskan tema “Jaku Lati Bansa Pegari, Budaya Menyana Bansa Sedura”, maka peserta
         seminar diharapkan dapat:

            b  Mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek kebahasaan dan kebudayaan
                masyarakat Iban.
            b  Meneruskan perkembangan profesionalisme melalui penyelidikan,
                pembentangan kertas, penulisan ilmiah dan penerbitan.
            b  Memperkukuhkan kerjasama strategik antara IPG dengan IPTA dan NGO ke
                arah manfaat bersama untuk pemantapan dan pelestarian bahasa Iban sejajar
                dengan perkembangan dan tuntutan semasa.
            b  Mendalami bidang pengkhususan (siswa pendidik PISMP Bahasa Iban)                   1
                dan seterusnya memanfaatkannya dalam pengajaran dan pembelajaran di
                sekolah.

         Melalui penganjuran seminar ini diharapkan dapat mengupas secara ilmiah isu yang
         berkaitan  dengan  kebahasaan  dan  kebudayaan  Iban  dalam  konteks  era  ledakan
         maklumat dan dunia tanpa sempadan, di samping memperkukuhkan kerjasama
         strategik antara IPG dengan pihak luar ke arah manfaat bersama untuk memantap
         dan melestarikan bahasa Iban. Dari segi penarafan IPG, seminar  seumpama ini adalah
         satu lagi inisiatif IPG Kampus Rajang untuk menambah dan memantapkan ilmu dalam
         kalangan siswa pendidik  PISMP Bahasa Iban.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12