Page 27 - MANUAL PENGURUSAN HEM SKTMFP 2019
P. 27
BUKU PENGURUSAN SKTMFP 2019
ASPIRASI MAJLIS HAL EHWAL MURID 2019
Harapan
( BERSAMA-SAMA KE ARAH MEREALISASIKAN MATLAMAT PENDIDIKAN)
HARAPAN IBU BAPA
Harapan ibu bapa agar anak-anak mereka sihat mental,fizikal dan berakhlak
mulia.Rajin berusaha dalam mencapai kecemerlangan akademik,kokurikulum
dan kerjaya. Seterusnya,menjadi insan yang bermaruah dan berbakti kepada
keluarga,bangsa dan negara.
HARAPAN GURU
Harapan guru agar murid-murid mempunyai tahap disiplin yang tinggi demi
mencapai kecemerlangan diri dan kecemerlangan akademik yang membawa
kejayaan dan kebanggaan kepada sekolah.Seterusnya,murid akan menjadi
orang yang berjaya dalam kerjaya atau sebagai pemimpin yang sentiasa berbakti
kepada masyarakat dan negara.
HARAPAN MASYARAKAT
Harapan masyarakat agar murid menjadi insan yang beradab,berbudi bahasa
dan bebas daripada gejala disiplin.Seterusnya,murid menjadi anggota
masyarakat yang berfikiran positif,bertolenransi dan bersatu padu,dalam
masyarakat 1 Malaysia.
HARAPAN NEGARA
Harapan negara agar murid mencapai kecemerlangan dan menjadi warganegara
yang patriotik dan bertanggungjawab,untuk bersama memainkan peranan
sebagai pemangkin pembangunan modal insan cemerlang yang akan
merelisasikan hasrat dan wawasan negara.
Harapan dapat direalisasikan sekiranya guru-guru dapat berperanan membentuk
murid-murid mengamalkan nilai-nilai berikut :-
Amanah Kejujuran
Baik Hati Kerajinan
Berdikari Kerjasama
Harga Diri Kesederhanaan
Kesyukuran
Hemah Tinggi
Hormat-menghormati Rasional
Kasih sayang Toleransi
Keadila Keberanian
27