Page 19 - Tinta Wacana KKBesut 2018
P. 19
UNIT PENTADBIRAN
LAWATAN PENANDA ARAS KE KOLEJ
KOMUNITI LANGKAWI
Tarikh : 3 hingga 5 November 2018
Tempat : Kolej Komuni� Langkawi
Pada 3- 5 November 2018, Unit Pentadbiran telah mengadakan lawatan
penanda aras ke Kolej Komuni� Langkawi. Seramai 8 orang staf Unit
Pentadbiran yang telah menyertai program ini. Program lawatan
penanda aras yang dijalankan mempunyai beberapa objek�f iaitu:-
- Memberi pendedahan secara spesifik tentang sistem pengurusan
pentadbiran dan kewangan yang dilaksanakan di KK Langkawi.
- Berkongsi idea berkenaan dengan sistem pengurusan
pentadbiran yang dijalankan di KKBT dan Kolej Komuni� Langkawi
disamping mencari peluang kerjasama antara kedua-dua pihak.
- Mendapatkan maklumat tentang bagaimana Unit Pentadbiran
menyusun atur proses kerja di Kolej Komuni� Langkawi
- Membina ukhuwah yang jitu antara KK Besut dan KK Langkawi.
- Membincangkan dan menyusun atur semula sistem pengurusan
pentadbiran dan mngemaskinian senarai tugas supaya lebih
sistema�k.
BENGKEL e-PEROLEHAN
Tarikh : 5 Februari 2018
Tempat : Makmal 1, Kolej Komuni� Besut
Bengkel e-Perolehan telah dijalankan pada 5 Februari 2018 dengan melibatkan semua kakitangan Kolej Komuni� Besut. Bengkel
ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada staff Kolej Komuni� Besut mengenai sistem eP yang baharu. Selain itu, untuk
memberi tunjuk ajar cara penggunaan sistem eP yang baharu.
18