Page 189 - omiicot_vol20
P. 189

Yuzi Binti Saidun, Rahmah Binti Khamis, Nurul Daiyana Binti Abd Hamid  / JOJAPS – JOURNAL ONLINE JARINGAN PENGAJIAN SENI BINA 0194955501
        2.   Pernyataan Masalah

           Lazimnya, pelaksanaan  aktiviti amali bagi kursus  Semiconductor Devices (DEE20023) dilaksanakan secara bersemuka di
        dalam Makmal Elektronik. Berikutan arahan pembelajaran secara dalam talian sepenuhnya bagi program diploma semester 2 sesi
        Jun 2020, perisian simulasi Autodesk Tinkercad digunakan sebagai alternatif untuk melaksanakan amali secara dalam talian buat
        julung kalinya. Pelaksanaan amali dengan menggunakan perisian simulasi mencetuskan kekhuatiran samada pelajar mencapai hasil
        pembelajaran kursus (CLO2P) yang sepatutnya seperti amali secara bersemuka atau tidak.  Selain itu, proses pengajaran dan
        pembelajaran (PdP) secara dalam talian juga memberi pengalaman baru buat pelajar dan juga pensyarah. Namun, pensyarah sukar
        mengenalpasti impak penggunaan perisian simulasi Autodesk Tinkercad terhadap pelaksanaan amali di kalangan pelajar.

        3.  Objektif

           Objektif kajian ini ialah:
           i.   Untuk  mengukur  pencapaian  hasil  pembelajaran  pelajar  dalam  memasang  pelbagai  litar  peranti  semikonduktor
               berdasarkan rajah skematik secara dalam talian dengan menggunakan perisian Autodesk Tinkercad.
           ii.   Untuk mengetahui impak penggunaan perisian simulasi Autodesk Tinkercad terhadap pelajar dalam melaksanakan amali
               secara dalam talian bagi kursus Semiconductor Devices (DEE20023).

        4.  Persoalan Kajian

           Kajian ini dilakukan berdasarkan persoalan kajian di bawah:
           i.   Apakah pencapaian hasil pembelajaran pelajar dalam memasang pelbagai litar peranti semikonduktor berdasarkan rajah
               skematik secara dalam talian bagi amali-amali yang menggunakan Persian Autodesk Tinkercad?
           ii.   Apakah impak penggunaan perisian simulasi Autodesk Tinkercad terhadap pelajar dalam melaksanakan amali secara
               dalam talian bagi kursus Semiconductor Devices (DEE20023)?

        5.  Metodologi

             Kajian  dijalankan  di  Jabatan  Kejuruteraan  Elektrik,  Politeknik  Ibrahim  Sultan.  Memandangkan  bilangan  pelajar  yang
        mengambil kursus Semiconductor Devices (DEE20023) pada sesi Jun 2020 hanya seramai 35 orang pelajar sahaja, maka responden
        dalam kajian ini melibatkan keseluruhan pelajar yang mengambil kursus ini.

        5.1 Instrumen kajian
             Instrumen utama yang digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat dan data dalam kajian ini ialah soal selidik.
        Data juga diperolehi melalui purata markah yang diperolehi daripada amali yang dilaksanakan menggunakan perisian Autodesk
        Tinkercad bagi kursus Semiconductor Devices (DEE 20023) untuk program DEP2, DJK2 dan DEE2 pada Sesi Jun 2020.
                Soal selidik ini terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu bahagian A, B dan C seperti berikut:
            1.     Bahagian A : Latar belakang responden.
            2.     Bahagian B : Pengalaman responden menggunakan perisian simulasi kejuruteraan.
            3.     Bahagian C: Pengalaman responden melaksanakan amali menggunakan perisian Autodesk Tinkercad dalam kursus
                   Semiconductor Devices (DEE20023).

           Data yang diperolehi melalui soal selidik diproses menggunakan spreadsheet yang dijana daripada Google Form. Analisis dan
        pemprosesan  data  dijalankan  dengan  cara  mengelaskan  Skala  Likert  daripada  lima  mata  kepada  tiga  mata  adalah  untuk
        memudahkan data dianalisis (Best dan Kahn, 1998).

                                  Jadual 1: Perubahan Skala Likert Lima Mata Kepada Tiga Mata

                                                                  SKALA LIKERT
                Skor                          1              2           3           4            5
                Peringkat Maklum Balas Lima   Sangat     Tidak Setuju   Tidak Pasti   Setuju   Sangat Setuju
                Mata                      Tidak Setuju
                Peringkat Maklum Balas Tiga
                Mata                           TIDAK SETUJU          TIDAK PASTI          SETUJU





        181 | V O L 2 0 - O M I I C O T
   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194