Page 50 - MESINARUSTERUS
P. 50

7.     Nyatakan Hukum Faraday bagi aruhan elektromagnetik yang menjadi asas
                      kendalian sesebuah penjana  arus terus (AT) dan berikan ungkapan
                      matematik yang menunjukkan perhubungan diantara purata dge teraruh
                      dengan kadar pemotongan fluks.

               8.     Terangkan dengan bantuan lakaran gambarajah yang berkaitan, DUA (2)
                      jenis belitan angker serta nyatakan sifat-sifat bagi setiap belitan angker
                      tersebut.

               9.     Nyatakan 2(DUA) bahagian yang perlu wujud dalam sebuah penjana untuk
                      membolehkan ianya menghasilkan daya gerak elektrik.

               10.    Buktikan persamaan am bagi d.g.e terjana a.t iaitu :

                                    Eg  =


               11.    Nyatakan perbezaan belitan medan siri dan medan pirau di dalam penjana
                      AT.

               12.    Berus pada penukartertib di dalam penjana AT biasanya diperbuat daripada
                      karbon. Nyatakan kebaikan penggunaan karbon tersebut.

               13.    Suatu penjana at mempunyai maklumat seperti berikut:
                                     Item                            Nilai
                       Bilangan  kutub                   4 kutub
                       Jenis belitan                     belitan tindih
                       Fluks berguna                     15 m wb / kutub
                       Bilangan alur                     14 alur
                       Bilangan pengalir                 50 pengalir per alur”
                      Kirakan nilai dge janaan jika ianya berputar pada kelajuan 1200 psm.


               14.    Sebuah penjana pirau panjang yang mempunyai belitan tindih, 4 kutub
                        membekalkan  25kW  pada  voltan  terminal  500V.  Rintangan  angker  =  0.03
                      ohm, rintangan medan siri = 0.04 ohm dan rintangan medan pirau adalah
                      200 ohm.  Kejatuhan berus = 1V. Kirakan d.g.e terjana.






                                                                                           37
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55