Page 39 - COC_JPERDG18
P. 39
Pengukuhan jaringan dan kolaborasi bersama pihak
industri merupakan pendekatan yang dapat
mempertingkatkan keupayaan institusi pengajian tinggi
agar setanding dengan sistem pengajian tinggi yang
terbaik di dunia. Program kolaborasi dua hala sebegini
mampu meningkatkan profesionalisme pensyarah serta
melahirkan graduan yang berkebolehpasaran dan
berdaya saing. Diharapkan melalui program ini, semua
Penasihat Program dari kalangan Industri yang dilantik
sebagai Panel Penasihat Industri Program akan menjadi
sahabat baik kepada program-program di JP.
Sehubungan dengan itu, kerjasama antara kedua belah KESIMPULAN
pihak akan bertambah akrab dan aktiviti-aktiviti yang
membawa manfaat kepada kedua-dua pihak dapat
dilaksanakan dengan jayanya. ”Transfer knowledge” dan
teknologi akan menjadi lebih mudah dengan adanya
kerjasama antara kedua pihak iaitu pihak Politeknik
Port Dickson dan pihak industri.