Page 6 - icripe2020
P. 6

Foreword





                                               HEAD OF FORUM KERJASAMA PENDIDIKAN TINGGI















               Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat
               bersama-sama sempena perasmian International Creative and Innovative Product Exhibition
               –ICrIPE2020. Di sini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Forum kerjasama
               Pendidikan Tinggi, Technological Association Malaysia, Jawatankuasa, serta peserta
               ICrIPE2020 kerana telah berjaya menganjurkan ICrIPE2020 buat pertama kalinya pada tahun
               ini. ICrIPE2020 kali ini yang bertemakan “Developing a Creative and Innovative Creation
               Sustainability through Invention, Innovation and Design” amat menarik perhatian saya di mana
               penciptaan, inovasi dan rekacipta dalam kalangan ahli akademik dan pelajar kini dilihat
               mampu membawa kita ke arah pembangunan pendidikan yang lebih mampan.


               Dasawarsa ini, kita melihat timbulnya minat dan keprihatinan yang tinggi para akademik, para
               industri dan masyarakat terhadap kepentingan kreativiti, inovasi dan penciptaan yang terarah
               kepada pembudayaaan teknologi yang mampan. Hal ini secara langsung mampu
               mengukuhkan ekonomi, pengembangan sosio-budaya dan pembangunan masa hadapan
               masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sihat dan stabil. Maka penganjuran ICrIPE2020 ini
               diharapkan dapat menyumbangkepada pembangunan negara sekaligus memantapkan tahap
               kesedaran kepentingan inovasi dan penciptaan kepada semua warga akademik dan pelajar.
               Selaras dengan usaha ini juga, pihak FKPT dan TAM sentiasa menyokong usaha para
               pensyarah dan pelajar dalam menggalakkan pembudayaan kreativiti dan inovasi seiring
               dengan Revolusi Industri 4.0. Sekaligus, pada masa yang sama mampu menyumbang
               kepada pembangunan pendidikan yang lebih mampan. Besarlah harapan saya untuk melihat
               hasil inovasi ini dapat dijadikan rujukan ahli akademik dan pelajar di masa yang akan datang.

               Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan jawatankuasa
               yang telah bekerja keras dalam memastikan kelancaran seminar ini. Syabas juga diucapkan
               kepada semua peserta.


               Semoga penganjuran seminar ini dapat meningkatkan kualiti ilmu serta memberi semangat
               kepada para ahli akademik dan pelajar untuk memastikan kegemilangan dunia pendidikan.
               Sekian, terima kasih.

               Supriyanto, SP. MSi.














                                                                                                        iii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11