Page 16 - Membudayakan Kecemerlangan
P. 16

PROGRAM PENYELIDIKAN BERSAMA

                              UNIVERSITI ANSAN DAN POLIPD 2017

                              Satu  program  kolaborasi  penyelidikan  telah  berlangsung  di
                              antara program seni bina Politeknik Port Dickson dengan fakulti
                              seni bina Universiti Ansan . Fakulti Seni bina Universiti Ansan
                              adalah  merupakan  fakulti  seni  bina  di  Korea  yang
                              mengendalikan  program  diploma  seni  bina.  Program  telah
                              berlangsung di Ansan, Korea pada 09hb Januari hingga 21hb
                              Januari 2017. Program melibatkan 5 pensyarah seni bina yang
                              terdiri dari Dr Isham Shah b Hassan, Pn Nik Hasnira Nik Pa, En
                              Reduan  Mahat,  Pn  Ruslinda  Abdullah,  Pn  Siti  Amiarah
                              Mohtaram,  Pn  Isma  Zaida  dan  Pn  Nur  Hidayah  Rosman
                              beserta 15 pelajar program diploma seni bina.

                              Pensyarah  yang  dipilih  untuk  mengikuti  program  ini  adalah
                              merupakan  pensyarah  yang  banyak  mengendalikan  program
                              lukisan  terukur  dan  lukisan  digital  di  Politeknik  Port  Dickson.
                              Program  ini  melibatkan  penyelidikan  baru  iaitu  penggunan
                              teknologi  baru  dalam  mengukur  bangunan  serta  penggunan
                              teknologi  BIM  dalam  mendokumentasikan  bangunan  yang
                              telah diukur. Aktiviti utama dalam program ini ialah penyelidikan
                              dalam  penggunaan  drone  untuk  mengukur  bangunan  serta
                              pendokumentasian maklumat dengan menggunakan teknologi
                              BIM.  Pelajar  telah  didedahkan  dengan  penggunaan  perisian
                              Revit, ArchiCAD dan RECAP 360.











                                                                                                    Membudayakan Kecemerlangan                         15
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21