Page 2 - Amali Ebook
P. 2

Tajuk : Ekosistem Tanah – Biota Tanah dan Jaringan Makanan


               Tujuan :  Untuk mengkaji kesan serta mengenal pasti kehadiran makrofauna dan mikrofauna
               ke atas ekosistem di dalam tanah.


               Pendahuluan :

                       Ekosistem  ialah  interaksi  antara  komponen  biotik  dan  abiotik  dengan  persekitaran

               dalam membentuk sistem fizikal untuk membentuk suatu kesembangan. Konsep ekosistem
               merujuk kepada interaksi hidupan dengan unsur-unsur yang merupakan asas kepada alam

               dalam hubungan yang saling berkait rapat. Eugene Odum, salah seorang pengasas pengajian
               ekologi  sains  berpendapat,  "Mana-mana  unit  atau  organisma  dalam  komuniti  yang
               berinteraksi  dalam  alam  fizkal  akan  menghasilkan  satu  kitaran  tenaga  yang  jelas

               menerangkan struktur tropik (trophic structure), biodiversiti dan kitaran hidupan.

                       Komponen abiotik adalah komponen tidak hidup yang elemen fizikal dan kimia pada

               suatu  ekosistem  tanah,  air,  matahari,  udara,  dan  tenaga  (Eldon,  2003).  Komponen  biotik
               merupakan komponen benda hidup yang terbahagi kepada dua iaitu organisma autotrof dan

               heterotrof.  Aliran  tenaga  bermula  bila  autotrof  sebagai  pengeluar  menggunakan  cahaya
               matahari untuk proses fotosintesis. Sebatian organik menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang
               banyak  dan  merupakan  asas  kepada  jaringan  makanan  dalam  ekosistem.  Kebanyakan

               tenaga  yang  memasuki jaringan makanan  akan hilang  kepersekitaran  terutamanya  dalam
               bentuk haba metabolism (Freeman, 2005). Proses interaksi antara komponen biotik dengan
               komponen  abiotik  akan  membentukkan  satu  jaringan  ekosistem.  Interaksi  tersebut

               merupakan cara untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

                       Organisma-organisma yang tinggal di dalam tanah memerlukan air dan udara untuk

               hidup. Bahan-bahan seperti air, udara, dan bahan-bahan organik yang terkandung di dalam
               tanah membolehkan flora, bakteria, fungi, dan fauna kecil seperti cacing dan serangga dapat
               hidup dalam tanah. Semua benda hidup atau organisma yang terdapat dalam tanah serta

               elemen-elemen mineral penting untuk membentuk sesuatu sistem tanah, atau lebih dikenali
               sebagai ekosistem tanah. Sementara itu, biota pula adalah merujuk kepada semua flora dan

               fauna yang berada di dalam sesebuah kawasan. Biota tanah adalah kumpulan jasad hidup
               yang  menjadikan  tubuh  tanah  sebagai  ruang  hidup  untuk  menjalankan  seluruh  kegiatan
               ekologinya  (Campbell,  2006).  Ekosistem  tanah  merupakan  bahagian  yang  tidak  dapat

               dipisahkan antara flora dan fauna serta persekitarannya. Kedua-duanya ini saling berhubung
               kait dan mempengaruhi antara satu sama lain.
   1   2   3   4   5   6   7