Page 66 - PELAN BISNES JKR SELANGOR FLIP style LATEST update
P. 66
PELAN BISNES JKR SELANGOR 2021-2025
PELAN BISNES JKR 2021 - 2025
176
Oleh kerana inovasi bergantung kepada penjanaan ilmu
pengetahuan dan bagaimana ilmu itu diaplikasikan,
struktur dan proses-proses ilmu perlu diwujudkan bagi
mempersiapkan warga kerja untuk mempelajari dan
mengadaptasi ilmu dengan cepat. Jadi, kita perlu
memperkayakan ilmu pengetahuan organisasi dan
menguruskannya dengan lebih sistematik melalui
penggunaan kaedah inovatif dan teknologi terkini;
Penggerak utama kepada perkara di atas adalah warga
kerja yang kreatif dan berinovatif. Penglibatan yang
tinggi dalam pembelajaran akan menjadikan kita lebih
mahir dan bermotivasi untuk menjana idea-idea baharu
serta merangsang inovasi sebagai tindak balas kepada
perubahan persekitaran dalaman mahupun luaran.