Page 53 - E-buletin Bil.1.2020_edited14052020_Neat
P. 53
LAWATAN KERJA DAN KHIDMAT NASIHAT
PERPUSTAKAAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
DAN PERPUSTAKAAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN
Pada 12 Februari 2020, 3 orang Pegawai dan
kakitangan Perpustakaan Majlis Keselamatan
Negara dan Perpustakaan Mahkamah
Persekutuan telah mengadakan satu sesi
lawatan kerja dan khidmat nasihat ke
Perpustakaan JAS.
Tujuan lawatan ini adalah untuk
mendapatkan khidmat nasihat dan berkongsi
pandangan berkaitan sistem dan
perkhidmatan Perpustakaann JAS.
Mereka dapat menjalin
hubungan dengan
Perpustakaan JAS dan
secara tidak lansung
dapat mengetahui serta
belajar mengenai
perpustakaan khusus
mengikut keperluan
perkhidmatan masing-
masing.
BENGKEL DIGITAL
LITERASI MAKLUMAT
Perpustakaan JAS telah menganjurkan
Bengkel Digital Literasi Maklumat untuk
kakitangan Ibu Pejabat pada 13
Februari 2020 bertempat di Bilik ICT BTM.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi
pendedahan yang lebih meluas
kepada semua kakitangan JAS
mengenai aspek pencarian maklumat
atas talian dengan menggunakan
pengkalan data berikut:
✓Enviro Knowledge Management
Centre (EKMC)
✓Enviro Museum (E- Museum)
✓Pengkalan data Open Athens
✓U-Pustaka e-BULETIN JAS BIL. 1 JAN-MAC 2020 51