Page 70 - E-buletin Bil.1.2020_edited14052020_Neat
P. 70

BENGKEL TATACARA
                                                           PENYEDIAAN SURAT

                                                            RASMI, MEMO DAN

                                                            KERTAS CADANGAN


                                                           Bahagian           Pentadbiran           dan
                                                           Kewangan          telah      menganjurkan
                                                           Bengkel Tatacara Penyediaan Surat
                                                           Rasmi, Memo dan Kertas Cadangan
                                                           kepada warga JAS. Bengkel yang
                                                           diadakan selama dua (2) hari bermula
                                                           pada 17-18 Februari 2020 bertempat di
                                                           Dewan Baiduri, Kementerian Sumber
                                                           Asli ini   telah dihadiri oleh 60 orang
                                                           peserta yang terdiri dari warga JAS
                                                           seluruh    negeri.    Bengkel      ini  telah
                                                           dikendalikan         sepenuhnya          oleh
                                                           penceramah         jemputan     iaitu   Encik
                                                           Mohamad         Ikhwan      Al-Syahid      Bin
                                                           Abdullah Tahir, Perunding Latihan dari
                                                           Institut    Tadbiran      Awam       Negara
                                                           (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam
                                                           Malaysia.


                                                           Objektif bengkel ini diadakan adalah
                                                           untuk memberi pendedahan kepada
                                                           peserta bagi mengukuhkan kaedah
                                                           penulisan rasmi mengikut format rasmi
                                                           kerajaan        serta        meningkatkan
                                                           kesedaran         peserta        mengenai
                                                           kepentingan        profesionalisme       dan
                                                           integriti  dalam     penulisan    dokumen
                                                           rasmi kerajaan . Kehadiran peserta ke
                                                           bengkel     ini   juga    diharap     dapat
                                                           meningkatkan        pengetahuan          dan
                                                           pemahaman          mengenai       penulisan
                                                           surat rasmi, memo dan e-mel secara
                                                           bersistematik    dan     berkualiti   dalam
                                                           kerja seharian di pejabat.


                                                           e-BULETIN JAS  BIL. 1 JAN-MAC 2020         68
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74