Page 2 - SOALAN LAZIM - PINJAMAN PERIBADI
P. 2

SOALAN ASAS







           1    Apakah syarat dan kelayakan untuk memohon pinjaman peribadi?


                a) Anggota tetap dan telah disahkan jawatan
                b) Jumlah potongan gaji mestilah tidak melebihi 60% daripada gaji berserta elaun
                c) Tidak muflis/tiada penghakiman hutang
                d) Tiada rekod disiplin atau tamat prosiding dalam tempoh setahun semasa
                    permohonan dibuat
                e) Memerlukan penjamin




           2    Bagaimanakah pemohon boleh membuat semakan kelayakan jumlah
                pinjaman peribadi?
                Pemohon boleh membuat semakan kelayakan melalui                             Klik untuk menggunakan
                kalkulator pinjaman peribadi di Infoklik                                    KALKULATOR




           3    Berapakah kadar faedah yang dikenakan untuk pinjaman peribadi?
                Kadar faedah yang dikenakan ialah 4% setahun berasaskan baki berkurangan




           4    Apakah kriteria untuk menjadi seorang penjamin?


                a) Jumlah potongan gaji mestilah tidak melebihi 60% daripada gaji berserta elaun
                b) Gred jawatan adalah sama atau lebih tinggi
                c) Seorang penjamin hanya boleh menjamin dua (2) peminjam pada satu masa
                d) Baki tempoh perkhidmatan penjamin mestilah sama atau lebih dari tempoh
                    pinjaman yang dijamin




           5    Apakah yang perlu dilakukan oleh peminjam sekiranya penjamin tidak
                lagi berkhidmat dengan KWSP?
                Peminjam perlu mendapatkan penjamin baharu dan menyempurnakan surat jaminan




           6    Apakah jenis skim pinjaman yang ditawarkan dan apakah ciri kedua-dua
                skim tersebut?

                                 Skim Islamik                                Skim Konvensional


                    Berlandaskan konsep patuh syariah                   Tidak patuh syariah dan tidak
                            dan mempunyai akad                                 melibatkan akad






                                                               PEOPLE BENEFITS | PEOPLE MATTERS DEPARTMENT
   1   2   3   4