Page 13 - BUKU PENGURUSAN & TAKWIM SMKTB 2020
P. 13

SEJARAH SEKOLAH

               Pada  tahun  1965, Encik  G.  L  Johnson  dilantik  menjadi  guru  besar  yang  pertama  dengan  tiga  kelas
               tingkatan peralihan dan dua kelas tingkatan satu yang menumpang bangunan Sekolah Rendah Tanjong
               Bunga pada sebelah petang.
               Pada tahun 1967, SMK Tanjong Bunga ditubuhkan.
               Pada  tahun  1968, sekolah  ini  telah  didaftarkan  dengan  dua  buah  sekolah,  iaitu  Sekolah  Kebangsaan
               Tanjong Bunga dan Tanjong Bunga English School (Secondary). Sekolah ini telah mendapat dua buah
               blok bangunan sendiri dan mula beroperasi dengan nama Sekolah Menengah Tanjong Bunga. Perasmian
               dilakukan oleh Tan Sri Mohd Khir Johari, iaitu Menteri Pelajaran waktu itu. Sebuah blok tambahan yang
               mengandungi perpustakaan, bilik-bilik darjah dan makmal sains dibina bagi menampung bilangan pelajar
               yang semakin ramai. Memandangkan bangunan yang sedia ada tidak terdaya untuk menampung para
               pelajar, maka sebuah lagi blok, iaitu Blok Sri Anggun dibina kemudiannya.
               Pada tahun 1990 melalui usaha PIBG dan JKKK Tanjong Bunga, sekolah ini mendapat sebuah surau
               bagi  kemudahan  pelajar-pelajar  Islam. Beberapa  buah  gelanggang  permainan  dan  gelanggang  serba
               guna juga berjaya disediakan oleh pihak sekolah.
               Pada  tahun  1991, sekolah  ini  telah  mengambil  alih  bangunan  Sekolah  Rendah  Kebangsaan  Tanjong
               Bunga  yang  kemudiannya  diberi  nama  Blok  Sri  Diwangsa. Pengambilalihan  ini  memungkinkan
               pengoperasian sekolah satu sesi.
               Pada  tahun  1997, YAB Tan  Sri  Dr Koh  Tsu  Koon, Ketua  Menteri  Pulau  Pinang,  merangkap  ADUN
               kawasan Tanjong Bungah telah merasmikan Bilik Multimedia dan Makmal Komputer SMTB.
               Koperasi sekolah didaftarkan dengan anggota seramai seratus lima belas orang. Jawatankuasa Jualan
               dan Pengurusan Kedai turut ditubuhkan.
               Pada tahun 1999, kedai swasta di sekolah telah diambil alih oleh Koperasi Sekolah. Pusat Sumber telah
               dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Pusat Sumber Utama yang dimuatkan bahan pembelajaran dan
               pengajaran serta Bengkel Pusat Sumber.
               Pada tahun 2000, pihak sekolah telah melengkapkan Pusat Sumber dengan sebuah komputer dan alat
               pencetak bagi meringankan tugas guru. Sekolah telah dipilih sebagai Sekolah Harapan Negara Peringkat
               Negeri Pulau Pinang, kategori Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar.
               Pada tahun 2001, pintu pagar dan tembok sekolah dibaiki di samping dibina sebuah pondok pengawal
               keselamatan di pintu masuk utama sekolah.
               Pada tahun 2002, sebuah bangunan baru yang terdiri daripada sebuah makmal sains, dewan serba guna,
               bangunan pentadbiran dan kawasan meletak motosikal mula dibina. Padang sekolah turut diberi wajah
               baru.  Bilik  makan  guru  yang  berasingan  daripada  pelajar  juga  dibina.  Lagu  sekolah  iaitu  “Bintang
               Harapan” dicipta dengan lirik ditulis oleh Puan Nancy Teng, Encik Teh Yew Teik dan Encik Chew Siew
               Ghee.
               Pada tahun 2005 Ikrar Sekolah digubalkan, bilik guru dipasang dengan “watercooler” dan tempat letak
               kereta berbumbung siap dibina untuk pentadbir sekolah.
               Pada tahun 2006, pihak PIBG memberi sumbangan ‘watercooler kepada pelajar dan kakitangan sekolah
               mula menggunakan mesin “punch-card”. Sistem  Automasi  Pengurusan Perpustakaan mula digunakan.
               Sekolah  juga  terpilih  dalam  perlaksanaan  Program  Pembestarian  Sekolah  oleh  Bahagian  Pendidikan
               Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia
               Pada tahun 2007 Pusat Akses telah diwujudkan.
               Pada tahun 2012, sekolah dipilih sebagai sekolah showcase PBS Daerah Timur Laut di Pulau Pinang.
               Sekolah  telah  menerima  kunjungan  lawatan  penanda  aras  PBS.  Peserta  rombongan  terdiri  daripada
               Ketua Pentaksir Lembaga Peperiksaan, Pengetua dan Guru Besar dari sekolah Wilayah Persekutuan.
               Pada 6 April 2018, Majlis Pemasyhuran Dataran Bunga Tanjong telah diadakan dan dirasmikan oleh Tuan
               Mohamad Bin Abd Samat, Tuan PPD Timur Laut.



                                                     GURU NADI TRANSFORMASI SEKOLAH         10
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18