Page 4 - BUKU PENGURUSAN & TAKWIM SMKTB 2020
P. 4
PIAGAM PELANGGAN SMK TANJONG BUNGA
Kami warga SMK Tanjong Bunga dengan penuh iltizam akan berikrar akan
menentukan perkara – perkara berikut terlaksana terhadap :
PELAJAR
1. Setiap pelajar mendapat peluang dan layanan yang saksama
2. Memastikan sekolah dalam keadaan bersih, selamat dan selesa
3. Memastikan setiap pelajar memperolehi sijil tepat pada masanya.
4. Memastikan sekolah mengadakan penilaian sekurang – kurangnya
empat kali setahun
5. Memastikan semua guru menghabiskan sukatan pelajaran selewat –
lewatnya sebulan sebelum sesi persekolahan tamat.
STAF
1. Memastikan staf tidak diganggu secara mental dan fizikal oleh mana –
mana pihak
2. Memastikan semua staf memperolehi peluang mempertingkatkan
kemahiran
3. Memastikan semua staf diberi peluang memberikan pandangan dan
idea untuk kemajuan sekolah
4. Memastikan kebajikan staf dijaga dan dipertingkatkan dari semasa ke
semasa.
5. Memastikan hubungan silaturahim terjalin di kalangan staf.
MASYARAKAT
1. Memastikan layanan mesra di kaunter dalam masa kurang lima minit
dalam keadaan biasa
2. Memastikan sekolah mengamalkan dasar pintu terbuka
3. Sentiasa mengalu – alukan sumbangan dan pandangan masyarakat
4. Sentiasa menjaga, memuliakan dan menghargai martabat insan dan
ilmu
GURU NADI TRANSFORMASI SEKOLAH 3