Page 4 - E-BOOK-amali 1-biota tanah-ariff irfan
P. 4
Amali 1
Tajuk : Ekosistem Tanah – Biota Tanah dan Jaringan Makanan
Tujuan : Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah
yang berbeza.
Pengenalan :
Bumi adalah salah satu planet dari sistem suria yang memiliki kehidupan. Seperti yang boleh
dilihat, di bumi terdapat banyak ekosistem yang menjadi habitat bagi pelbagai makhluk hidup. Hal
ini adalah kerana wujudnya pelbagai keadaan yang memungkinkan kewujudan haiwan. Setiap
ekosistem di bumi memiliki ciri khas masing- masing. Ciri khas ini yang membentuk perbezaan
antara ekosistem. Terdapat dua ekosistem besar iaitu ekosistem darat dan ekosistem air.
Ekosistem darat di dalamnya terdiri dari banyak ekosistem- ekosistem yang mewakili daerah
masing- masing. Sebagai contoh, terdapat ekosistem hutan, ekosistem gurun, ekosistem gunung,
atau ekosistem pantai. Sedangkan air memiliki ekosistem sendiri. Ada ekosistem air tawar dan
ekosistem air laut.
Dalam ekosistem terdapat 2 unsur utama iaitu biotik dan unsur abiotik. Unsur biotik adalah benda
hidup yang berada di dalam ekosistem itu manakala unsur abiotik adalah unsur yang tidak hidup
seperi sinar matahari, angin, dan air. Kebiasaanya unsur biotik dan abiotik mempunya
interaksinya yang tersendiri sama ada antara biotik dan biotik atau antara biotik dan abiotik.
Interaksi ini amatlah penting untuk memastikan makhluk hidup boleh melangsungkan kehidupan.
Misalnya, interaksi biotik dan abiotik yang kita boleh lihat adalah dari segi fotosintesis dimana
pokok mendapatkan cahaya daripada matahari untuk menghasilkan makanan. Seterusnya, kita
juga boleh melihat kepada interaksi antara bakteria pengurai dan tumbuhan. Dimana bakteri
pengurai akan menguraikan sisa-sisa makanan menjadi sebatian nitrogen. Sebatian ini nanti
akan diserap oleh tumbuhan sebagai baja.
Dalam setiap ekosistem juga akan wujud rantaian makanan yang akan mengimbangi ekosistem.
Contoh: tumbuhan→ belalang→ ayam→helang
Siratan makanan pula merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dalam satu
jaringan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantaian makanan yang saling berkaitan
dan berinteraksi. Matahari merupakan punca tenaga bagi semua kehidupan.