Page 2 - IHYA RAMADHAN.pdf 1 mei_Neat.flb test
P. 2

Kata Aluan






                                                       Puan Hajjah Zulinah Binti Jemon






                                                                                      ﱠ
                                                         ِﻢﻴِﺣﺮﻟٱ ﻦ ٰ ﻤﺣﺮﻟٱ ِﻪﻠﻟٱ ِﻢﺴﺑ
                                                               ﱠ
                                                                         َ ۡ ﱠ
                                                                                               ۡ ِ
                                                                      ِ
                                           Assalamualaikum wbt
                                           Salam  Ramadan  kareem  buat  semua  warga  KVLC.  Syukur
                                           Alhamdulillah  atas  nikmat  peluang  kita  semua  dapat
                                           berjumpa  dan  melaksanakan  ibadah  di  bulan  Ramadan  al
                                           Mubarak ini.

                                Seluruh  alam  berzikir,  bertahmid  syukur  menyambut  bulan  penuh  berkat.
                Kemuliaan bulan yang tersembunyi padanya kelebihan Lailatul Qadar dan diturunkan
                al  Quran  buat  panduan  kehidupan  yang  sempurna  di  dunia,  sebagai  jaminan
                kemenangan  menuju  akhirat.  Justeru,  saya  mengharapkan  agar  semua  warga  KVLC
                dapat  menghayati  dan  mengimarahkan  bulan  Ramadan  dengan  sebaik-baiknya,
                melalui amalan-amalan yang disarankan oleh syariat Islam.

                           Saya mengharapkan agar semua warga KVLC saling bekerjasama dan berganding
                bahu untuk mencipta kejayaan yang akan dikecapi bersama. Semua warga KVLC yang
                merangkumi  pensyarah  ,  staf,  pekerja,  pelajar  dan  ibu  bapa  serta  komuniti
                memainkan peranan masing-masing dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab
                sebaik-baiknya sebagaimana yang telah diamanahkan.

                           Yang pipih tidak akan datang bergolek, yang bulat tidak akan datang melayang,
                justeru kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya KVLC terus mencapai
                kejayaan  yang  cemerlang.  Saya  mengambil  kesempatan  ini  untuk  mengucapkan
                jutaan  terima  kasih  kepada  pihak  jawatankuasa  Ihya'  Ramadan  dan  semua  yang
                menjayakan program ini.  Kebiasaan baru pada Ramadan 1441 H  ini tetap memberi
                ruang kepada kita untuk menghidupkan Ramadan






                                                                                   zulinah

                                                                                  PENGARAH
                                                                    KOLEJ VOKASIONAL LEBUH CATOR















              "Ramadhan di rai, Ar-rayyan menanti"
   1   2   3   4   5   6   7