Page 9 - IHYA RAMADHAN.pdf 1 mei_Neat.flb test
P. 9

Tazkirah Ramadhan 1441/ 2020







                     Ar-Rayyan Pintu Syurga Untuk Yang



                                                   Berpuasa




                                                   Maksudnya hadis :

                             Daripada Sahl bin Sa‘ad RA berkata, Nabi SAW bersabda:

               “Sesungguhnya di syurga ada satu pintu yang diberi nama Ar-Rayyan, iaitu pintu

               masuk bagi orang yang berpuasa di hari kiamat. Tidak akan masuk daripada pintu
               itu kecuali orang yang berpuasa, akan diseru oleh penjaganya: ”Dimanakah orang


               yang berpuasa?  Maka mereka yang berpuasa pun bangun (memasukinya), tidak
            ada yang akan memasukinya melaikan mereka sahaja. Apabila mereka memasukinya,

                  pintu itu akan ditutup, maka tiada siapa lagi yang akan dapat memasukinya.

                      (Muttafaqun ‘Alayhi, hadith riwayat al-Bukhari, no. 1896, Muslim, no.

                                   1152,  At-Tirmizi, no. 765, An-Nasaie, no. 2237)


                Allah SWT menyediakan pintu khas memasuki syurga yang dinamakan
                Ar-Rayyan kepada orang yang berpuasa. Malaikat yang menjaga pintu

                  tersebut akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk
                     dimasukkan ke dalam syurga melaluinya dan tiada yang dapat
                              melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja


                                Pintu tersebut dinamakan “Ar-Rayyan” yang berasal
                  dari kalimah “Array” dari segi bahasa membawa maksud titisan air hujan

                           yang pertama. Kiasan kepada orang yang berpuasa apabila
                      memasukinya akan hilanglah segala kehausannya selama-lamanya

                       sebagaimana apabila kita sesat di padang pasir yang panas dalam
                        keadaan kehausan dan apabila disebutkan air maka akan terasa
                    kehausan itu semakin berkurangan walaupun sebenarnya kita belum

                       meminumnya lagi. Bayangkanlah apabila kita dapat menikmati air
                          tersebut tatkala kehausan. Betapakah nikmatnya tidak dapat

                                                         diperkatakan.


                  http://myhadith.islam.gov.my/index.php/bm/semua-al-manhal-al-tanwir/984-kelebihan-puasa-
                                               di-bulan-ramadhantle bit of body text

              "Ramadhan di rai, Ar-rayyan menanti"
   4   5   6   7   8   9   10