Page 23 - Atiqah
P. 23
6.2 Pengertian bendera Persatuan Kesihatan Diri
i. Warna putih melambangkan keikhlasan dalam memelihara dan menjaga
kesihatan serta penampilan diri.
PERATURAN 7 : KEAHLIAN
76.1 Keahlian terbuka kepada semua murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan
Hamzah 1 tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan kedudukan sosial pelajar.
7.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
7.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
7.4 Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam kemajuan
kelab.
7.5 Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung.
7.6 Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.
PERATURAN 8 :PAKAIAN
8.1 Sesi perjumpaan mingguan - pakaian seragam sekolah
8.2 Sesi aktiviti kelab - Baju T dan seluar trek sukan
- Kasut dan bersetokin
PERATURAN 9: GURU PENASIHAT
9.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
9.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan
sesuatu aktiviti.
9.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.
PERATURAN 10:AHLI JAWATANKUASA
10.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
10.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak
dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.
10.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
10.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
23