Page 1 - SMKAP 2019
P. 1
Kata Alu-Aluan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.
Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya mencoretkan sepatah dua kata dalam
majalah sekolah pada kali ini .
Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah
yang sungguh istimewa ini.Segala peristiwa dan kenangan sepanjang tahun lalu dapat dirakamkan
dan menjadi sumber rujukan dalam sejarah pendidikan .Saya percaya komitmen yang tinggi dan
kerjasama padu daripada warga sekolah telah menatijahkan penerbitan majalah yang dapat kita
tatapi.
Pendidikan adalah asas dalam melahirkan masyarakat Malaysia maju berteraskan semangat bersatu
padu,progresif,berbudaya dan berwatak.Bagi menyahut cabaran ini, Kementerian Pendidikan
bertekad untuk terus meningkatkan kualiti sistem pendidikan serta memberi fokus kepada
keberhasilan murid.Aspek akademik ,sahsiah dan nilai perlu diterapkan dalam pendidikan .Justeru
itu,semua guru perlu beranjak daripada pembelajaran berorientasikan peperiksaan kepada
pembelajaran berorientasikan perkembangan bagi menyokong usaha ke arah melahirkan murid yang
berjaya secara holistik.
Para guru dituntut agar sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.Pengetahuan dan kemahiran terkini dalam
menghadapi cabaran abad ke-21 perlu diperkukuhkan.Pada masa yang sama,sekolah dan para guru
akan sentiasa diberi sokongan profesional daripada pembimbing yang pakar dan pengurusan yang
mantap.
Akhir kata,saya menyeru semua pihak termasuk pemimpin sekolah ,guru,ibu bapa,pihak
berkepentingan dan agensi swasta untuk sama –sama menjayakan agenda pendidikan negara demi
melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang pada masa akan datang.
SELAMAT MAJU JAYA!
DATUK DR.AMIN BIN SENIN
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia