Page 3 - SMKAP 2019
P. 3

Kata Alu-Aluan

                                     TUAN PENGETUA
             Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
             Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia serta izin-Nya pada tahun ini ,sekali lagi saya diberi
             ruang dan kesempatan untuk merakam sepatah dua kata dalam ruangan ini.Sebelum meneruskan
             bicara saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli sidang redaksi
             Majalah Az-Zahra 2019 kerana telah berjaya menerbitkan majalah ini.

             Sesungguhnya ,sekolah merupakan nadi utama dalam usaha membentuk insan yang dapat memacu
             kemajuan negara masa hadapan.Matlamat bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
             maju sangat bergantung kepada keupayaan warga sekolah khususnya warga
             pendidik.Justeru,sekolah sentiasa seiring dengan dasar dan hasrat Kementerian Pelajaran agar pada
             pelajar menjadi generasi yang berketerampilan dan mempunyai modal insan yang mampu
             memajukan negara.

             Sistem pendidikan negara berkembang dengan pelbagai dasar yang diperkenalkan .Maka ,seluruh
             warga sekolah sama ada pentadbir,guru atau pelajar ,malah ibu bapa seharusnya cakna dengan
             perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan agar kelangsungan pendidikan anak-anak akan terus
             dimantapkan ,Dasar pendidikan melalui Sistem KSSR dan KSSM pada masa ini amat menekankan
             pencapaian dari segi pengetahuan ,kemahiran ,sahsiah serta nilai budi pekerti bagi melahirkan para
             pelajar yang berketerampilan dalam semua aspek .

             Akhir kata,saya berharap agar semua warga SMKA (P) Alawiyah akan terus melipat gandakan usaha
             meraih kejayaan dalam semua bidang yang diceburi.Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
             kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menerbitkan majalah
             sekolah Az-Zahra bagi tahun 2019.



             PN. SHAKIRAH BT AHMAD
             Pengetua SMKA (P) Alawiyah
   1   2   3   4   5   6   7   8