Page 4 - ALCOM Program Book
P. 4

Ini bermakna setiap warga Little Caliphs perlu secara sedar melakukan amar maaruf nahi
         mungkar, serta menjadikan amar maaruf nahi mungkar ini tergabungjalin dalam setiap
         program latihan, aktiviti seharian di tadika, mata pelajaran, buku-buku, alat bantu mengajar,
         dan acara-acara lain.

         Sebagai contoh, waktu makan adalah waktu yang biasa di tadika atau di rumah pada setiap
         hari. Bagaimanakah caranya untuk menggabungjalinkan amalan amar maaruf nahi mungkar
         dalam waktu makan?

         Caranya ialah kita ajarkan perintah Allah dan Sunnah Nabi SAW yang berkaitan dengan
         perbuatan makan dan minum yang menyentuh - Akidah, Ibadah, Mu’amalat, Mu’asyarat, dan
         Akhlaqiat.

         Akidah: Ingatkan bahawa Allah yang Maha Pemberi Rezeki, Allah  Yang Maha Mencipta
         semua makanan dan minuman. Bicarakan na isbat berkaitan makan minum.

         Ibadah: Beritahu pelajar bahawa niat makan adalah kerana Allah dan niat untuk melaksana-
         kan perintah Allah (Kuluu washrabu), makan minum adalah sebagai persiapan untuk
         mengumpul tenaga buat beribadah, terutamanya tenaga untuk mendirikan solat. Amalkan
         doa zikir dan adab berkaitan makan. Ceritakan konsep pahala dan ganjaran dunia dan
         akhirat. Bangkitkan rasa syukur kepada Allah di atas setiap rezeki, dan ajarkan bagaimana
         amalan syukur itu menarik pertambahan rezeki daripada Allah.

         Muamalat: Terangkan konsep dan kepentingan HALAL dalam memperolehi makan minum.

         Muasyarat: Jaga tatapergaulan pelajar, dan ada pengasingan di antara lelaki dan perempuan,
         serta tanamkan sifat malu di kalangan anak-anak.

         Akhlaqiat: Ajar dan suburkan akhlaq yang berkaitan makan, contohnya tidak merungut,
         tidak berebut, berkongsi dengan gembira, bersedekah, menyatakan terima kasih kepada
         orang yang menyediakan hidangan. Antara adab makan ialah membasuh tangan sebelum
         makan, menyebut basmalah, makan dengan tangan kanan dan ambil apa yang berhampiran
         dengan kita.

         Semoga  dengan  tergabungjalinnya  amar  maaruf  nahi  mungkar  di  setiap  aktiviti  Little
         Caliphs, akan terbinalah lapisan generasi baru Islam yang kuat iman dan cantik amalnya yang
         akan memenuhi dunia ini dengan kebaikan, sesuai dengan Rahmatan lil Alamin.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9