Page 18 - Microsoft Word - TAKWIM SEKOLAH SKSATI 2018.doc
P. 18
TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS 2018
SEJARAH SEKOLAH
SK. St. Anthony, Teluk Intan telah diasaskan oleh
Rev. Father Bonamy pada tahun 1932 dengan murid seramai 11
orang dan menumpang di bangunan Sekolah Tamil St. Vianney
di dalam kawasan Gereja St. Anthony dan sebahagian daripada
bangunan itu adalah Sekolah Assumption sekarang.
Oleh kerana masalah kekurangan bilik darjah, sebuah
bangunan dengan 6 bilik darjah telah didirikan di seberang jalan
Gereja St. Anthony melalui sumbangan derma orang ramai. Bangunan ini telah siap
pada tahun 1941 dan telah dirasmikan pada 27 Januari 1941 oleh pegawai Inggeris
En. Marcos Rex C.M.G. Ketika itu Sekolah St. Anthony boleh menampung seramai 297
orang murid.
Pada tahun 1962, sebidang tanah seluas 3 ekar di Jalan Sungai Nibong, Teluk
Intan telah dibeli untuk mendirikan bangunan Sekolah Rendah St. Anthony. Batu asas
bangunan sekolah ini telah diletakkan oleh Very Rev. Bro. T. Michael, FCS, Assistant
Superior General for Asia pada 28.7.1966. Dr Ng Kam Poh, jp. Mp. yang ketika
ituMenteri Kesihatan, Pengerusi Ahli Lembaga Pengurus (1) St. Anthony, Rev. Bro.
Damian, Pengarah SMJK St. Anthony, En. Ambrose, Guru Besar SRK St. Anthony,
guru-guru dan murid-murid serta ibubapa bertanggungjawab dalam pembinaan
bangunan baru SRK St. Anthony yang ada sekarang di samping bantuan dari kerajaan
sebanyak RM 57,000.00 dan derma daripada Shaw Foundation sebanyak
RM 5,700.00.
Pada tahun 1968, sebuah cawangan SRK. St. Anthony telah dibina di Langkap
oleh Rev. Father Mathias ki- The Parish of St. Anthony’s Church, Teluk Intan.
Bangunan inimempunyai 6 bilik darjah dan sebuah tandas. Pentadbiran sekolah
cawangan iniadalah di bawah SK. St. Anthony, Teluk Intan. Walaubagaimanapun,
bermula dari tarikh rasmi 13 Ogos 2014, pentadbiran SK. St. Anthony Cawangan
Langkap telah dipisahkan dari SK. St. Anthony, Teluk Intan, Perak.
SK St Anthony, Teluk Intan Page 18
Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)