Page 18 - TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS 2018
P. 18

TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS   2018


                                                  SEJARAH SEKOLAH


                     SK. St. Anthony, Teluk Intan telah diasaskan oleh

              Rev. Father Bonamy pada tahun 1932 dengan murid seramai 11


              orang dan menumpang di bangunan Sekolah Tamil St. Vianney



              di dalam kawasan Gereja St. Anthony dan sebahagian daripada

              bangunan itu adalah Sekolah Assumption sekarang.


                     Oleh kerana masalah kekurangan bilik darjah, sebuah


              bangunan dengan 6 bilik darjah telah didirikan di seberang jalan

              Gereja  St.  Anthony  melalui  sumbangan  derma orang ramai.  Bangunan  ini  telah  siap


              pada tahun 1941 dan telah dirasmikan pada 27 Januari 1941 oleh pegawai Inggeris


              En. Marcos Rex C.M.G. Ketika itu Sekolah St. Anthony boleh menampung seramai 297

              orang murid.

                          Pada tahun 1962, sebidang  tanah seluas 3 ekar di Jalan Sungai Nibong, Teluk

              Intan telah dibeli untuk mendirikan bangunan Sekolah Rendah St. Anthony. Batu asas


              bangunan sekolah ini telah diletakkan oleh Very Rev. Bro. T. Michael, FCS, Assistant

              Superior  General  for  Asia  pada  28.7.1966.  Dr  Ng  Kam  Poh,  jp.  Mp.  yang  ketika

              ituMenteri  Kesihatan,  Pengerusi  Ahli  Lembaga  Pengurus  (1)  St.  Anthony,  Rev.  Bro.


              Damian,  Pengarah  SMJK  St.  Anthony,  En.  Ambrose,  Guru  Besar  SRK  St.  Anthony,

              guru-guru  dan  murid-murid  serta  ibubapa  bertanggungjawab  dalam  pembinaan


              bangunan baru SRK St. Anthony yang ada sekarang di samping bantuan dari kerajaan

              sebanyak RM 57,000.00 dan derma daripada Shaw Foundation sebanyak

              RM 5,700.00.

                     Pada tahun 1968, sebuah cawangan SRK. St. Anthony telah dibina di Langkap

              oleh  Rev.  Father  Mathias  ki-  The  Parish  of  St.  Anthony’s  Church,  Teluk  Intan.

              Bangunan  inimempunyai  6  bilik  darjah  dan  sebuah  tandas.  Pentadbiran  sekolah


              cawangan  iniadalah  di  bawah  SK.  St.  Anthony,  Teluk  Intan.  Walaubagaimanapun,

              bermula  dari  tarikh  rasmi  13  Ogos  2014,  pentadbiran  SK.  St.  Anthony    Cawangan

              Langkap telah dipisahkan dari SK. St. Anthony, Teluk Intan, Perak.














               SK St Anthony, Teluk Intan                                                          Page 18
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23