Page 100 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 100

i) Cuaca adalah keadaan atmosfera di sesuatu tempat terhad dalam
                                            tempoh tertentu.
                                            ii) Iklim adalah purata keadaan atmosfera  meliputi kawasan yang luas
                                            dalam tempuh yang masa yang panjang ( 35 tahun)
                                        b)  Menghuraikan unsur cuaca dan iklim
                                              i)    Bahangan suria/ bahangan matahari: Bahangan matahari adalah
                                               haba matahari yang dihantar ke bumi melalui gelombang pendek .
                                              ii)   Bahangan bumi/ bahangan terestrial: Bahangan bumi adalah
                                               bahangan yang dibebaskan oleh bumi ke angkasa  melalui
                                               gelombang  panjang.
                                              iii)  Suhu: Suhu adalah darjah kepanasan udara yang diukur dalam unit
                                               calcius atau fahrenhit.
                                              iv)  Kerpasan: Kerpasan adalah semua bentuk air hasil proses
                                               pemeluwapan yang jatuh ke permukaan bumi, dalam bentuk cecair
                                               atau pepejal.
                                              v)   Kelembapan udara: kelembapan udara adalah jumlah wap air yang
                                               terdapat dalam atmosfera pada masa dan suhu tertentu
                                              vi)  Tekanan udara: Tekanan udara adalah berat udara yang menekan
                                               sesuatu ruang di permukaan bumi.
                                              vii) Angin: Udara yang bergerak dari pusat tekanan udara tinggi ke
                                               pusat tekanan udara rendah.
                                              x)   Awan : Bintik-bintik air atau hablur ais yang halus terapung-apung
                                               di atmosfera .
                                        c)  Menyatakan konsep imbangan bahangan.
                                                Imbangan bahangan bermaksud jumlah bahangan matahari yang
                                                diterima oleh bumi sama dengan jumlah bahangan bumi yang
                                                dibebaskan ke ruang atmosfera
                                        d)  Menghuraikan proses pemindahan haba yang berlaku melalui :
                                             i)   Pengaliran – pemindahan haba antara jisim
                                             ii)  Perolakan – pemindahan haba secara menegak di ruang
                                                  atmosfera.
                                             iii) Sinaran/bahangan – pemindahan haba matahari secara terus (
                                                  pancaran matahari)
                                             iv)  Alir lintang – pemindahan haba secara mendatar  dari kawasan
                                                  sejuk ke kawasan  panas.
                                             v)  Serapan – apabila sesuatu jasad menyerap haba.
                                        e)   Menghuraikan taburan suhu secara menegak dan mendatar :
                                                    Taburan suhu secara menegak
                                               Perubahan suhu mengikut ketinggian sama ada suhu meningkat
                                               atau menurun  iaitu:
                                               -   Kadar  Tukaran  Adiabatik  Kering  (KTAK)  iaitu  Penurunan
                                                   suhu sebanyak 10°C bagi setiap 1000 meter ketinggian
                                               -   Kadar Tukaran Adiabatik Basah (KTAB): Penurunan suhu
                                                   antara 5-6°C setiap ketinggian 1000 meter
                                               -   Kadar tukaran suhu sekitaran ialah pengurangan suhu
                                                   mengikut ketinggian. Suhu sekitaran akan turun sebanyak 1°C
                                                   setiap ketinggian 165 meter.
                                               -   Olak suhu (songsangan suhu) bermaksud keadaan dimana
                                                   suhu semakin menurun apabila ketinggian berkurangan .
                                               -    Terdapat dua jenis olak suhu iaitu :
                                                     i.   Olak suhu permukaan adalah jenis olak suhu yang
                                                          paling kerap berlaku pada ketinggian hampir dengan
                                                          permukaan daratan. Berlaku pada waktu malam dan
                                                          sejuk.
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105