Page 123 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 123

industri perubatan dan sebagainya.
                                              Penggunaan teknologi moden    dapat mengatasi masalah
                                               kekurangan tenaga buruh.


                                             (c)  menghuraikan kepentingan atau sumbangan setiap sektor
                                                 kepada ekonomi negara (Keluaran Dalam Negara Kasar
                                                 [KDNK], pekerjaan, dan kesan pengganda)
                                           Kepentingan Sektor Sekunder:
                                               i. Meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

                                               Sektor sekunder  menyumbang kepada pendapatan negara melalui
                                               produk yang dihasilkan oleh industri perkilangan. Hasil perkilangan
                                               akan dieksport ke luar negara dan negara akan memperolehi
                                               pendapatan melalui tukaran wang asing.Contohnya  pengekspotan
                                               alat penghawa dingin ke negara Timur Tengah, minyak masak dan
                                               produk getah ke Amerika dan Eropah.

                                               ii. Peluang Pekerjaan
                                               Sektor sekunder mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada
                                               penduduk setempat. Hal ini dapat mengurangkan kadar
                                               pengangguran sekaligus dapat meningkatkan pendapatan perkapita
                                               penduduk.
                                               Antara peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan oleh sektor
                                               sekunder seperti operator pengeluaran, pengurusan kilang,
                                               pengangkutan, unit teknikal dan sebagainya
                                               iii. Kesan Pengganda
                                               Sektor sekunder turut menggalakkan pertumbuhan atau
                                               perkembangan ekonomi berkaitan. Ekonomi huluan seperti sektor
                                               pertanian dan perlombongan berkembang pesat untuk membekalkan
                                               bahan mentah kepada kepada kilang pemprosesan dan pembuatan.
                                               Ekonomi hiliran turut berkembang seperti sektor pengangkutan dan
                                               telekomunikasi, kewangan, perbankan dan sebagainya yang turut
                                               menyokong industri perkilangan.
                                               iv. Perkembangan Teknologi
                                               Sektor sekunder turut menggalakkan perkembangan teknologi
                                               melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D). Antaranya yang
                                               berkaitan dengan penghasilan produk kilang yang berkualiti.
                                               Contohnya, melalui teknologi reka bentuk dan kawalan mutu.
                                                 v.  Menambah Dana Negara
                                              Peningkatan modal negara boleh ditingkatkan melalui
                                                  pelaburan asing dalam sektor sekunder. Contohnya,
                                                  pelaburan syarikat multinasional dalam industri pembuatan
                                                  seperti industri elektrik dan elektronik.
                                              Dana dalam Negara turut ditambah melalui pelaburan
                                                  tempatan dalam industri-industri seperti IKS
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128